Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka Al-Jilani semakin popular selepas 10 tahun diusahakan

-

IPOH: Setiap kali tibanya Syawal, kaum Adam pastinya tidak ketinggala­n untuk bergaya termasuk mendapatka­n baju Melayu baharu berserta samping selain songkok yang pastinya menjadi pelengkap untuk tampil lebih segak.

Bagi pengusaha songkok terkenal, Hamzah Irzal, 48, berkata selepas 10 tahun menjalanka­n perniagaan itu, kini beliau boleh berbangga apabila jenama Pustaka AlJilani semakin popular dan turut dikenali di seluruh negara.

Anak kelahiran Kemaman, Terengganu itu yang beroperasi di Tingkat 1, Bangunan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini menerima banyak tempahan terutama pada musim perayaan.

“Bulan Ramadan dan menjelang sambutan Hari Kebangsaan adalah waktu paling sibuk kerana banyak tempahan diterima berbanding hari biasa.

“Bagi sambutan Aidilfitri, saya menerima tempahan 500 songkok baharu dan juga kopiah jenis Al-Hafiz dan AlAzhar pelbagai saiz,” katanya kepada Bernama.

Hamzah berkata songkok yang dihasilkan­nya berharga antara RM15 hingga RM150 bergantung kepada saiz serta kualiti baldu yang digunakan berdasarka­n kepada tempahan pelanggan. Songkok biasa boleh disiapkan dalam masa 25 minit.

“Saya juga ada menerima tempahan menyiapkan songkok Syria dan songkok Turki, malah saya juga telah mencipta songkok yang boleh

Saya juga ada menerima tempahan menyiapkan songkok Syria dan songkok Turki, malah saya juga telah mencipta songkok yang boleh dilipat dan disulam nama yang dijual pada harga sekitar RM150. Hamzah Irzal Pengusaha songkok

dilipat dan disulam nama yang dijual pada harga sekitar RM150,” katanya sambil menambah satu songkok lipat boleh disiapkan dalam satu jam setengah.

Menurut Hamzah, beliau bersyukur songkak buatannya turut mendapat tempahan orang kenamaan dan tokoh agama.

Sebelum menceburi bidang pembuatan songkok, beliau banyak merantau dengan menjual buku-buku agama dan barang keperluan hari raya seperti songkok serta kopiah di kaki lima bangunan di Selangor dan Manjung, Perak pada sekitar tahun 90-an.

“Kerjaya sebagai pembuat songkok bermula apabila seorang pengurus sebuah syarikat pembuat songkok di Mak Mandin, Butterwort­h menawarkan saya latihan dan pekerjaan membuat songkok dengan syarikat berkenaan pada 2008,” katanya.

Beliau kemudianny­a mendapat kebenaran dan kelulusan Majlis Bandaraya Ipoh untuk menyewa ruang kedai di Bangunan UTC berkenaan.

“Di kedai inilah saya membina perniagaan sehingga ke hari ini dan kini sudah berupaya mengupah tiga pekerja bagi membantu perniagaan saya,” katanya yang bercita-cita membuka sebuah kilang membuat songkok. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENUHI PERMINTAAN: Hamzah bersama pembantuny­a menunjukka­n pelbagai jenis songkok dan kopiah yang ditempah oleh pelanggann­ya di Pustaka Al-Jilani Bangunan Pusat Transforma­si Bandar (UTC), semalam.
— Gambar Bernama PENUHI PERMINTAAN: Hamzah bersama pembantuny­a menunjukka­n pelbagai jenis songkok dan kopiah yang ditempah oleh pelanggann­ya di Pustaka Al-Jilani Bangunan Pusat Transforma­si Bandar (UTC), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia