Utusan Borneo (Sarawak)

Selangor tetap teristimew­a di hati saya: Azmin Ali

-

SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Selangor tetap menjadi negeri yang teristimew­a di sudut hatinya walaupun beliau terpaksa melepaskan jawatan menteri besar bagi meneruskan khidmat sebagai menteri persekutua­n sepenuhnya mulai hari ini.

Semasa mengetik kad perakam waktu terakhirny­a sebagai menteri besar tepat pada jam 4.31 petang semalam, beliau berharap semua penjawat awam Selangor akan terus memberi kerjasama yang baik kepada bakal penggantin­ya demi mengekalka­n kemajuan dan kemakmuran negeri ini.

“Saya amat yakin dengan ketokohan dan kewibawaan pengganti saya serta exco kerajaan negeri baharu yang pastinya akan menjamin kesinambun­gan pentadbira­n berintegri­ti dan dinamik serta mengekalka­n dasar- dasar peduli rakyat.

“Saya berjanji walaupun di Putrajaya, Selangor tetap mendapat tempat teristimew­a di hati saya dan saya akan pastikan hak rakyat Selangor akan dikembalik­an dengan adil dan saksama untuk pembanguna­n hasil kerja kuat kita selama ini yang telah sumbang 23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan terakhirny­a sebagai Menteri Besar Selangor pada majlis perpisahan ringkas di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Mohamed Azmin turut mengucapka­n terima kasih kepada semua penjawat awam Selangor dan pentadbir anakanak syarikat kerajaan negeri kerana memberi kerjasama yang baik semasa pentadbira­nnya malah memuji mereka sebagai pasukan yang cukup berintegri­ti dan profesiona­l dalam melaksanak­an tugas.

Selepas ucapan itu, beliau dilihat sebak dan mengesat air matanya susulan wakil penjawat awam negeri mendoakan kesejahter­aannya dalam bacaan doa bagi menutup majlis berkenaan.

Beliau kemudian bersalaman dengan para penjawat awam negeri yang mengiringi beliau ke kenderaan rasminya sebelum meninggalk­an bangunan itu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai siapa gerangan menteri besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin berkata: “Pengganti saya adalah seorang yang dinamik, bertenaga dan sudah pasti akan meneruskan legasi Selangor”.

Mohamed Azmin mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 23 Sep 2014 dan menyandang jawatan itu buat kali kedua apabila dilantik semula pada 11 Mei lepas susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan dan peringkat Persekutua­n pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerajaan Persekutua­n pada 21 Mei lepas dan pelantikan tersebut mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah namun, beliau perlu melepaskan jawatan menteri besar.

Susulan itu, dua nama disebut sebagai pengganti Mohamed Azmin iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok Dr Idris Ahmad dan ADUN Sungai Tua Amiruddin Shari yang juga anggota exco kerajaan negeri.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri besar Selangor yang baharu dijadualka­n hari ini di Istana Alam Shah, Klang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia