Utusan Borneo (Sarawak)

Bukit Larut, Zoo Taiping jadi tumpuan cuti sekolah dan Aidilfitri

-

TAIPING: Tanah Tinggi Bukit Larut dan Zoo Taiping di sini antara beberapa tempat menarik yang menjadi tumpuan pengunjung pada musim cuti persekolah­an dan Hari Raya Aidilfitri.

Rata-rata pengunjung dari beberapa negeri mengambil kesempatan untuk mengunjung­i dua tempat pelanconga­n itu.

Seorang pengunjung dari Muar, Johor, Sulaiman Hassan, 35, berkata beliau dan tiga anggota keluargany­a mengambil kesempatan pada cuti persekolah­an ini untuk datang ke bandar Taiping.

“Saya datang untuk beraya di rumah saudara di sini serta mengambil kesempatan membawa ahli keluarga ke Bukit Larut setelah beberapa tahun tidak berkunjung ke sini.

“Saya dapati perubahan Bukit Larut sejak dikendalik­an oleh Majlis Perbandara­n Taiping (MPT) semakin menarik kerana perkhidmat­an untuk menaiki kenderaan ke atas Bukit Larut berjalan dengan baik,” katanya ketika ditemui di Bukit Larut di sini semalam.

Seorang pengunjung dari Pulau Pinang, R.Vimala, 40, berkata beliau datang untuk bercuti di sini sejak semalam dan mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Bukit Larut.

“Saya tidak melepaskan peluang berkunjung ke Bukit Larut kerana banyak perubahan yang begitu ketara yang dilakukan terhadap pengurusan kawasan ini sehingga menjadikan Bukit Larut sesuai untuk dilawati,” katanya.

Pengunjung yang datang ke Bukit Larut dapat menghirup udara yang nyaman dengan suhunya antara 15 hingga 25 darjah Celsius pada siang hari dan 10 Celsius waktu malam dengan ketinggian 1,200 meter.

Perjalanan dengan Land Rover ke bukit itu mengambil masa 30 minit dengan 72 selekoh berliku di lereng bukit dan tambang bagi dewasa RM10 manakala RM5 untuk kanak-kanak. Bukit Larut turut menawarkan kemudahan seperti rumah rehat dan banglo.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pengurusan Bukit Larut Roslee Rafie berkata tiket untuk menaiki bukit larut telah habis dijual sehingga 10 pagi ini.

Katanya Bukit Larut menawarkan perkhidmat­an Landrover bermula jam 8.30 pagi, 10.30 pagi, 12.30 tengah hari dan 2.30 petang setiap hari.

“Sambutan penggunjun­g terhadap tanah tinggi itu sentiasa menggalakk­an terutama pada musim cuti persekolah­an dan cuti sempena Hari Raya Aidilfitri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia