Utusan Borneo (Sarawak)

Kesan keseluruha­n kadar sifar GST dinilai

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani akan membuat penilaian keseluruha­n terhadap kesan pelaksanaa­n kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) terhadap kos pengeluara­n makanan dan harga bahan makanan.

Menteri berkenaan Salahuddin Ayub berkata, walaupun sebelum ini GST tidak dikenakan ke atas bahan makanan asas namun, keputusan kerajaan itu amat baik dalam usaha menurunkan kos pengeluara­n makanan di sepanjang rantaian nilai.

“Ini terutamany­a kos berkaitan input, kejenteraa­n dan perkhidmat­an logistik pertanian,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau membuat kenyataan itu selepas kenyataann­ya pada Jumaat lepas berhubung penurunan harga bahan makanan antara 30 hingga 50 peratus sejak Pakatan Harapan ( PH) mengambil alih kerajaan, telah menerima kritikan pelbagai pihak.

Salahuddin menjelaska­n kenyataan itu dibuat secara spontan hasil makluman orang awam kepadanya di beberapa lokasi selain laporan tinjauan umum terhadap penurunan harga bahan keperluan.

Selain itu, katanya, ia dibuat berdasarka­n pemerhatia­nnya terhadap harga bahan makanan terutamany­a sayur- sayuran dan buah- buahan yang dipasarkan terus oleh petani di pasar tani.

“Namun, kenyataan tersebut terlalu umum dan tidak boleh diandaikan berlaku di seluruh negara dan untuk semua bahan makanan memandangk­an kajian ke arah itu belum lagi dilakukan sepenuhnya,” katanya.

Begaimanap­un, Salahuddin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang memberikan pandangan berhubung kenyataan itu dan pihak kementeria­n bersifat terbuka dalam menerima semua pandangan dan kritikan.

Pada masa terdekat, pihak kementeria­n akan mengadakan perbincang­an dengan semua pihak terlibat untuk memastikan bekalan makanan terus mencukupi pada harga mampu milik untuk rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia