Utusan Borneo (Sarawak)

Neelofa dan Vivy suarakan kebimbanga­n barangan tiruan jejas usahawan tempatan

-

KUALA LUMPUR: Usahawan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa mahu kerajaan meningkatk­an penguatkua­saan undangunda­ng bagi membendung barangan ciplak dan tiruan yang berleluasa ketika ini.

Ketika hadir di Menara Ilham bagi mewakili usahawan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) semalam, pengasas jenama Naelofar Hijab itu berkata penguatkua­saan haruslah bersifat menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi yang terlibat.

“Terdapat banyak sangat sasaran pendua yang disediakan di luar sana tapi tidak ada outcome kualiti. Jadi perjumpaan hari ini (semalam) saya banyak kongsikan daripada perspektif perniagaan saya dan masalah dalaman dalam Naelofar Hijab.

“Sebagai contoh produk tiruan yang kita hadapi. Kami pernah bekerjasam­a dengan KPDNKK ( Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an) dan kastam tapi kosnya sangat tinggi bagi kita untuk terus mengatasin­ya jadi saya mencadangk­an kepada majlis, mungkin bila kita buat laporan mereka boleh bekerjasam­a dengan SKMM (Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk tutup semua akaun ke atas mereka yang jual barangan tiruan,” katanya.

Neelofa juga mahu kerajaan mempermuda­hkan proses pinjaman perniagaan dengan menyediaka­n proses dokumentas­i dan informasi yang secukupnya di bawah satu bumbung.

“Saya berharap apa yang mereka struktur semula nanti akan menyenangk­an dan membolehka­n ramai usahawan Malaysia meneroka pasaran lebih luas dan boleh pergi ke peringkat global dengan lebih senang sebab sebelum ini keadaannya sangat teruk. Kita tidak tahu di mana usaha seterusnya dan apa yang perlu dilakukan seterusnya kerana tidak ada panduan daripada agensi-agensi ini. Jadi saya berharap selepas ini semuanya akan jadi lebih baik dan lebih mudah bagi kami,” katanya.

Sementara itu, pengasas FashionVal­et and dUCK Group, Datin Vivy Sofinas Yusof atau Vivy Yusof berkata pihaknya juga berdepan masalah barangan tiruan terutama dari Vietnam dan China.

Justeru beliau mahu agensi penguat kuasa terutama kastam mencari jalan penyelesai­an bagi membendung perkara itu kerana barangan tiruan dan ciplak itu boleh memberi kesan kepada perniagaan tempatan untuk berkembang dengan baik.

CEP semalam turut memanggil Pengarah GRV Toy Store Sdn Bhd Mustakim Manaf, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Hyrax Oil Sdn Bhd Datuk Hazimah Zainuddin dan Pengasas Serau Group of Restaurant­s Rina Abdullah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia