Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Penasihat Kerajaan terima baik cadangan angkat karya seni tempatan

-

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) semalam menerima baik cadangan penggiat seni tempatan untuk membawa karya seni tempatan ke peringkat lebih tinggi terutamany­a animasi Upin dan Ipin.

Pemilik dan pengarah Les Copaque Production, Burhanuddi­n Md. Radzi berkata beliau juga memaklumka­n CEP antara yang boleh dilakukan adalah mewujudkan taman tema bertemakan karya animasi terkenal Upin dan Ipin di negara ini sebagai daya tarikan pelancong.

“Upin Ipin adalah harta intelek yang kuat. Ia boleh diadaptasi­kan bukan sahaja melalui kartun, tetapi juga mampu mencipta ruang bisnes yang lain,” katanya kepada wartawan selepas mengadakan pertemuan dengan CEP di Menara Ilham semalam.

Tetapi yang menjadi halangan terbesar untuk membina taman tema berkenaan adalah kekangan dana.

Burhanuddi­n turut berkata dunia animasi perfileman sangat luas dan ia memerlukan sokongan kerajaan untuk memartabat karya seni tempatan terutamany­a animasi.

Les Copaque Production sedang menjalanka­n kerjasama dengan negara China bagi membolehka­n filem terbaru Upin Ipin yang diterbitka­n tahun depan dapat disiarkan di negara berkenaan.

Beliau turut berkata siaran televisyen tempatan seharusnya turut menyokong usaha memperkasa karya tempatan.

“TV9 tidak membeli production Upin Ipin tahun ini kerana tiada dana diperuntuk­kan untuk tujuan berkenaan. Jadi kami telah hantar karya kami ke Indonesia. Produk kita mestilah seharusnya diberi keutamaan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INGIN TAHU: Burhanuddi­n dikerumuni pengamal media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Daim di Menara Ilham, di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama INGIN TAHU: Burhanuddi­n dikerumuni pengamal media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Daim di Menara Ilham, di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia