Utusan Borneo (Sarawak)

PPKL anjur pertanding­an golf erat hubungan anak-anak Perlis pulang dari perantauan

-

KANGAR: Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) mengambil kesempatan daripada cuti Hari Raya dengan menganjurk­an satu pertanding­an golf di Kelab Golf Putra (KGP) Sungai Batu Pahat dekat sini petang kelmarin bagi merapatkan hubungan anak-anak Perlis yang pulang beraya dari perantauan.

Yang Dipertuany­a Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzam­an semalam berkata, pada pertanding­an yang masuk tahun ke- 26 itu, pasukan pilihan KGP menumpaska­n PPKL sekali gus merangkul piala pusingan Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra.

“Seramai 42 orang peserta mengambil bahagian pada kali ini dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai­l dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l berkenan berangkat menyempurn­akan majlis penyampaia­n hadiah kepada para pemenang,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Moheeb berkata PPKL terus aktif melaksanak­an pelbagai aktiviti bagi menaikkan citra persatuan dan khidmat bakti kepada masyarakat bukan sahaja di Lembah Klang malah juga di Perlis.

“PPKL juga meneruskan khidmat bakti melalui penajaan kelas tambahan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampu­an di Perlis dengan kerjasama ‘Centre for Education and Developmen­t (CDEV),” katanya.

Beliau berkata kerjasama dengan CDEV sejak 2017 itu melibatkan 30 pelajar dan jumlahnya dijangka meningkat kepada 60 orang pada tahun ini.

Katanya PPKL turut mengadakan pelbagai kerjasama strategik antaranya dengan pihak Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Jemaah Datuk-Datuk Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Tuanku Syed Sirajuddin (tengah) bersama pasukan Kelab Golf Putra (KGP) dan Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) pada perlawanan Golf Piala Pusingan Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra di Kelab Golf Putra (KGP), Sungai Batu Pahat...
— Gambar Bernama KENANGAN: Tuanku Syed Sirajuddin (tengah) bersama pasukan Kelab Golf Putra (KGP) dan Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) pada perlawanan Golf Piala Pusingan Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra di Kelab Golf Putra (KGP), Sungai Batu Pahat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia