Utusan Borneo (Sarawak)

Tambah baik khidmat untuk OKU: PKOKM Bantuan melalui KPWKM sebelum ini banyak membantu dan perlu ada kesinambun­gan

-

KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan untuk orang kurang upaya mahu supaya kerajaan menambah baik perkhidmat­an kepada rakyat terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia ( PKOKM) Jasmie Shafie berkata biarpun golongan itu dikatakan minoriti dalam masyarakat majmuk, mereka tidak mahu keluhkesah dan kehendak mereka diabaikan.

“Semasa kerajaan terdahulu, kami dapat peruntukan menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang banyak membantu kami dari pelbagai sudut jadi kami mahu kesinambun­gan itu ada seperti mana apa yang kami dapat atau lebih baik daripada itu supaya kami tidak berasa dipinggirk­an.

“Kalau kita tengok satu persatu pengumuman dibuat untuk masyarakat normal lain yang menerima pelbagai kemudahan dari segi peluang pekerjaan dan banyak lagi, khidmat kami dianggap hanya diperlukan pada masa tertentu sahaja dan kami tidak mahu (dilayan) sebegitu,” katanya kepada Bernama di sini.

Jasmie juga memohon kerajaan baharu ini menitikber­atkan tentang elaun pekerja cacat (EPC) yang kini berjumlah RM400 agar ditingkatk­an kepada RM800 bagi menampung beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Golongan OKU yang umumnya bekerja sendiri atau menjalanka­n perniagaan turut memerlukan pertambaha­n jumlah geran pelancaran perniagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang kini berjumlah RM2,700.

“Saya mohon nilai geran itu ditingkatk­an kepada RM5,000 sebab nak diikutkan, golongan kami ini lebih cenderung kepada perniagaan dan kalau berniaga kuih pun kos beli mesin melebihi jumlah yang diberi,” katanya.

Beliau berharap skim bantuan perniagaan OKU kini juga diteruskan selain syaratnya dapat dilonggark­an bagi memberi semangat buat go- longan itu yang berhasrat berkecimpu­ng dalam bidang perniagaan.

Pertubuhan itu yang menggabung­kan orang kurang upaya kerdil bekerja dan tidak bekerja juga mahu kerajaan menambah lagi kemudahan prasarana untuk golongan itu di kebanyakan tempat awam termasuk sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1984 itu sehingga kini dianggotai 996 warganegar­a Malaysia berbilang kaum.

Setakat ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat belum lagi mengumumka­n sebarang berita baik buat golongan OKU. — Bernama

Kalau kita tengok satu persatu pengumuman dibuat untuk masyarakat normal lain yang menerima pelbagai kemudahan dari segi peluang pekerjaan dan banyak lagi, khidmat kami dianggap hanya diperlukan pada masa tertentu sahaja dan kami tidak mahu (dilayan) sebegitu. Jasmie Shafie Presiden PKOKM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia