Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Muda Perlis berkenan saksikan perlawanan ‘bola raya’

-

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l berkenan menyaksika­n perlawanan ‘Bola Raya’ sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang berlangsun­g di Stadium Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Teknologi MARA Perlis dekat sini, semalam.

Baginda kemudianny­a berkenan menyempurn­akan penyampaia­n hadiah kepada pasukan yang menang iaitu Pilihan Veteran Singa Utara yang menewaskan Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) 3-1.

Gol-gol Pilihan Veteran Singa Utara dijaringka­n oleh Abdul Karim Ali, Suhairi Abdul Karim dan Roslin Abdul Rahman manakala gol tunggal PPKL dijaringka­n bekas pemain kebangsaan Fauzi Nan.

Tuanku Syed Faizuddin merupakan pengasas pertanding­an yang diadakan sejak 1992 itu, ketika baginda merupakan Anggota Jawatankua­sa PPKL di ibu negara.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullai­l dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullai­l.

Sementara itu, Yang Dipertua PPKL, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzam­an berkata penganjura­n perlawanan itu adalah untuk merapatkan hubungan anak-anak Perlis dan memeriahka­n suasana hari raya di negeri ini.

“Pada 1 Julai ini anak-anak Perlis di Kuala Lumpur akan berhimpun untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan hari keluarga di Kampung Pengantin, Taman Danau Kota,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia