Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rakyat Myanmar maut ditimpa dahan rhu di Bachok

-

BACHOK: Dua rakyat Myanmar termasuk seorang kanak- kanak lelaki maut dihempap dahan pokok rhu yang patah dalam kejadian ribut di Pantai Irama di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.23 malam itu, Ibrahim Budi Alam, 3, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala Norjim Nurul Amin, 24, yang juga cedera parah di kepala dihantar ke Klinik Kesihatan Bachok tetapi disahkan telah meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, ASP Azmi Mokhtar berkata ketika kejadian, kedua- dua mangsa yang bersaudara itu sedang beriadah di kawasan pantai berkenaan bersama- sama keluarga mereka sempena cuti Aidilfitri.

Mayat mangsa, yang tinggal di Kampung Babong, Kedai Lalat, Kota Bharu, dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk tindakan lanjut dan polis mengklasif­ikasikan kes itu sebagai mati mengejut, katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mengulas kejadian itu, Ketua Jajahan Bachok Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata, pihaknya akan segera memasang papan amaran supaya orang ramai menjaga keselamata­n diri semasa berada di sekitar pusat pelanconga­n itu termasuk ketika ribut.

“Sebelum ini, sudah ada papan amaran supaya pengunjung tidak mandi manda di pantai berkenaan ketika laut bergelora bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini,” katanya.

Nik Mohamed berkata, pemeriksaa­n pihaknya mendapati dahan yang patah itu adalah daripada pokok yang sihat dan faktor ribut yang kuat menyebabka­n ia patah jatuh terkena mangsa.

“Pihak kami sentiasa membuat pemantauan serta gotong-royong bagi memastikan kawasan pantai tersebut bersih dan selamat kepada pengunjung termasuk membuang pokok atau dahan mati bagi mengelakka­n kemalangan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai yang berkunjung ke pantai berkenaan supaya lebih berhatihat­i dengan mengutamak­an keselamata­n diri dan keluarga masing-masing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia