Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal jelas miliki kabel, juruwayar didakwa

-

PETALING JAYA: Seorang juruwayar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan gagal memberikan penjelasan memuaskan memiliki kabel Internet dan telefon yang dipercayai dicuri, awal bulan ini.

Warga Bangladesh, Emran Ali, 25, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mabel S. Muttiah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu memiliki kabel Internet dan telefon di tepi Jalan 51A/230, Sungei Way, di sini, pada jam 5.10 petang, 1 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 29( 1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua- du- anya.

Selain itu, Emran turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masuk ke negara ini tanpa permit sah di tempat, tarikh dan masa sama.

Pertuduhan bagi kesalahan itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau keduaduany­a dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali.

Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh merupakan warga asing.

Mahkamah menetapkan hari ini untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia