Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota polis narkotik maut dalam nahas dua kenderaan

-

SEREMBAN: Sebuah lori tangki dengan muatan 20,000 liter minyak diesel terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pelangai Hilir, Kuala Pilah dekat sini semalam.

Kejadian itu menyebabka­n muatan minyak daripada lori tangki terbabit mengalir ke sebatang anak sungai berdekatan.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zakaria Ramli berkata, kejadian kira- kira jam 7.46 pagi semalam itu berlaku apabila lori terbabit cuba mengelak sebuah kereta yang berpusing di hadapannya sebelum ia terbabas dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga.

“Lori ini yang datang dari arah Kuala Pilah ke Juasseh cuba mengelak sebuah kereta yang dikatakan berpusing di hadapannya, namun kereta itu kemudianny­a meneruskan perjalanan dan pemandu lori ini hilang kawalan lalu bertembung dengan kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentang­an.

“K e m a l a n g a n i t u menyebabka­n lori terbabas dan terbalik ke lereng bukit sedalam kira- kira 10 kaki manakala kereta berkenaan terbabas di tepi jalan. Pemandu lori dan pemandu kereta cedera dan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah manakala kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

“Sehingga kini, kerjakerja pembersiha­n dan pemindahan minyak sedang dijalankan. Jabatan Alam Sekitar juga turun ke lokasi kerana tumpahan itu telah menyebabka­n pencemaran alam sekitar,” katanya. — Bernama SEREMBAN: Seorang wanita cedera selepas beg yang dibawanya disamun dua lelaki ketika keluar dari sebuah bank di Jalan Dato’ Bandar Tunggal di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban ASP Thiew Hock Poh berkata dalam kejadian jam 7.20 malam itu, mangsa yang berumur 69 tahun telah disamun dari arah belakang oleh dua lelaki memakai helmet bertutup penuh yang menaiki motosikal jenis Honda.

“Anggaran kerugian masih dalam siasatan, mangsa mengalami kecederaan ringan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, untuk pemerhatia­n dan rawatan lanjut.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes samun tersebut hendaklah memaklumka­n kepada mana-mana balai polis yang berhampira­n. — Bernama SEREMBAN: Seorang anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ( BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 15 Jalan Seremban- Tampin, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Rembau DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata, dalam kejadian kirakira jam 7.30 pagi, mangsa Sarjan Mejar Mohd Nor Abd Rashid, 59, disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian dada dan dalaman.

Beliau berkata, kemalangan tersebut membabitka­n Proton Saga FLX yang dinaiki mangsa dan Nissan Almera yang dipandu seorang lelaki dari arah Seremban menghala ke Rembau.

“Mangsa menaiki kereta bersama isteri dan seorang anak dalam perjalanan menghala ke Seremban sebelum berlaku pertembung­an sebaik tiba di tempat kejadian.

“Isteri dan anak mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan dan punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Anuar Bakri berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tampin bagi proses bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia