Utusan Borneo (Sarawak)

Dua penganggur dipenjara tujuh bulan lari dari lokap balai polis

-

JOHOR BAHRU: Dua penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam terhadap pertuduhan melarikan diri dari lokap balai polis, minggu lepas.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru R. Salini menjatuhi hukuman itu selepas kedua-dua lelaki terbabit, Nolmat Halil Abd Jalil, 34, dan Muhammad Firdaus Irwan, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikenakan ke atas mereka.

Mengikut pertuduhan, Nolmat Halil yang berasal dari Tanjung Sedili dekat Kota Tinggi dan Muhammad Firdaus dari Larkin Jaya, di sini, didakwa bersama-sama dengan sengaja lari dari lokap Balai Polis Gelang Patah, di Iskandar Puteri, pada kirakira jam 6.16 pagi, 11 Jun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nolmat Halil dan Muhammad Firdaus memohon mahkamah meringanka­n hukuman dengan alasan tidak mampu membayar denda dan Nolmat Halil turut memak- lumkan mahkamah bahawa ibunya uzur dengan berkerusi roda.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Chan Lee Lee dan mahkamah kemudian memerintah­kan hukuman terhadap keduaduany­a bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu 11 Jun lepas.

Sementara itu, Nolmat Halil turut mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap satu pertuduhan samun ke atas seorang wanita, di Iskandar Puteri, awal bulan ini.

Dia dituduh menyamun harta wanita itu berupa beg tangan mengandung­i si- jil pendaftara­n nikah, kad pengenalan wanita itu dan suaminya, tiga kad ATM, wang tunai RM150 serta satu telefon bimbit di Bulatan East Ledang, jalan menuju ke Forest City, Iskandar Puteri, kira-kira 10.20 malam, 5 Jun lepas.

Nolmat Halil dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan turut dikendalik­an Chan.

Hakim K. Rajeswari menetapkan 25 Jun ini untuk hukuman pertuduhan berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA PADAH: Dua penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret semalam terhadap pertuduhan melarikan diri dari lokap balai polis, minggu lepas.Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru R. Salini menjatuhi hukuman itu...
— Gambar Bernama TERIMA PADAH: Dua penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret semalam terhadap pertuduhan melarikan diri dari lokap balai polis, minggu lepas.Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru R. Salini menjatuhi hukuman itu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia