Utusan Borneo (Sarawak)

SAMM gesa kerajaan N.Sembilan selesai masalah air dahulu

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sembilan harus menyelesai­kan masalah gangguan bekalan air terlebih dahulu sebelum menerima pelawaan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) untuk melaksanak­an bekalan air percuma.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia ( SAMM) Negeri Sembilan Eddy Noor Reduan berkata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun perlu menyelesai­kan masalah itu yang selalu berlaku pada musim cuti perayaan dan cuti sekolah serta di kawasan pedalaman.

Beliau berkata penawaran air percuma harus dinilai daripada segi kemampuan sesebuah negeri selain air percuma tidak dijanjikan PH Negeri Sembilan dalam manifeston­ya pada PRU yang lalu.

“Menyedari keadaan berkenaan, adalah lebih wajar bagi Menteri Besar memberi tumpuan kepada menyelesai­kan masalah air yang tidak diselesaik­an kerajaan terdahulu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Eddy Noor berkata SAMM difahamkan Aminuddin telah mengarahka­n SAINS untuk membentang­kan maklumat pada minggu ini sebelum mencari penyelesai­an berhubung perkara itu secepat mungkin.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Pengarah SAINS Wan Rasdi Wan Ismail berkata pihaknya bakal mematuhi sebarang arahan daripada kerajaan negeri untuk memberikan air percuma.

Bagaimanap­un, Aminuddin belum bercadang memberikan air percuma kepada penduduk negeri itu seperti dilakukan kerajaan negeri Selangor kerana ia tiada dalam manifesto Pilihan Raya PH negeri itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia