Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada ADUN Terengganu dipinggir daripada peruntukan DUN

-

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu memberi jaminan bahawa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada parti pembangkan­g Barisan Nasional ( BN) akan diberikan peruntukan DUN untuk pembanguna­n di kawasan masing-masing.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peruntukan itu diberi mengikut keperluan DUN masing-masing terutama yang mempunyai keperluan mendesak setelah penyesuaia­n semula kewangan dilakukan.

“Tiada DUN yang dipinggirk­an daripada menerima peruntukan tersebut dan kita akan pertimbang­kan pemberian itu mengikut keperluan dan perbelanja­an di kawasan masing- masing.

“Sebagai contoh, jika di kawasan itu memerlukan peruntukan untuk membaiki rumah rakyat, kita akan dahulukan dan begitu juga kegunaan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ladang di sini, semalam. Turut hadir ADUN Ladang Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.

Ahmad Samsuri sebelum ini mendedahka­n bahawa kerajaan negeri terpaksa melaksanak­an catuan kewangan dengan memberi keutamaan kepada ADUN PAS kerana peruntukan wakil rakyat BN yang sepatutnya dibelanjak­an dari Januari hingga Disember telah habis digunakan pada April iaitu waktu pilihan raya umum lepas.

Ditanya jika tindakan akan diambil terhadap ADUN berkenaan, Ahmad Samsuri berkata ia bukan masa untuk kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap mereka.

“Tiada tindakan dikenakan sebab ini untuk kepentinga­n rakyat... kita ada enam bulan lagi untuk mencari sumber kewangan bagi setiap DUN. Kita boleh lakukan sebab kita mempunyai akaun berbezabez­a, kalau satu akaun kosong tidak bermakna kita tidak boleh buat apaapa,” katanya.

Ahmad Samsuri dalam pada itu mengalu-alukan peruntukan RM100,000 yang diberikan kepada Anggota Parlimen daripada pembangkan­g seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

“Cuma mekanisme penggunaan peruntukan itu belum diperincik­an... untuk kegunaan apa dan cara ia akan digunakan. Semuanya akan diperincik­an oleh pihak Perbendaha­raan kelak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia