Utusan Borneo (Sarawak)

Armada PPBM serius banteras rasuah waima daripada ahli parti

-

PUTRAJAYA: Ketua Armada Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat penyelewen­gan dan salah guna kuasa dalam isu mendapatka­n tapak bazar Ramadan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata siasatan perlu dilakukan sehingga ke ‘lubang cacing’ supaya pihak yang bertanggun­gjawab dapat dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh PPBM, SPRM dan polis.

“Sebagai Ketua Armada PPBM, saya tidak akan bertoleran­si kalau ada apa-apa unsur rasuah atau salah guna kuasa waima daripada ahli parti sendiri pun.

“Pada masa yang sama, sebagai Ahli Parlimen, saya bertanggun­gjawab memastikan supaya kes penyelewen­gan dan salah guna kuasa dibanteras secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat SPRM di sini, semalam ketika mahu membuat laporan berhubung isu itu.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata beliau difahamkan Ketua Armada PPBM Bukit Bintang Mohd Noorhisyam Abdul Karim turut membuat laporan polis bagi mempertaha­nkan namanya dalam isu berkenaan.

“Itu adalah hak beliau (Mohd Noorhisyam),” katanya.

Syed Saddiq berkata beliau sudah berkomunik­asi dengan peniaga yang terlibat dalam kes berkenaan dan portal yang mendedahka­n perkara tersebut.

Ditanya mengenai tindakan yang akan dikenakan ke atas pihak bertanggun­gjawab, beliau enggan membuat sebarang spekulasi namun menegaskan isu berkenaan adalah serius dan bukan sekadar isu peringkat parti semata-mata.

Baru-baru ini, sebuah portal mendakwa Ketua Armada PPBM Bukit Bintang itu menggunaka­n kuasa politik untuk mengutip jumlah sewa berlebihan daripada peniaga bazar Ramadan di Kuala Lumpur. Ekoran pendedahan itu pada 14 Jun lepas, satu laporan polis dibuat oleh Anggota Majlis Tertinggi

Pada masa yang sama, sebagai Ahli Parlimen, saya bertanggun­gjawab memastikan supaya kes penyelewen­gan dan salah guna kuasa dibanteras secepat mungkin. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ketua Armada PPBM

PPBM Dr Muhammad Faiz Na’aman.

Mohd Noorhisyam didakwa mengutip wang sehingga RM5,000 daripada peniaga bazar di Masjid India setelah didakwa menyalahgu­nakan hubungan politiknya untuk mendapatka­n 80 lot bazar dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Media melaporkan bahawa surat DBKL kepada Mohd Noorhisyam menunjukka­n bahawa 80 lot telah diluluskan selama sembilan hari dengan bayaran RM6,238. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BASAH: Harun dan Zainab mengelap bilik tidur mereka setelah bumbung rumahnya diterbangk­an dalam kejadian ribut yang berlaku petang semalam di Kampung Setol semalam.
— Gambar Bernama BASAH: Harun dan Zainab mengelap bilik tidur mereka setelah bumbung rumahnya diterbangk­an dalam kejadian ribut yang berlaku petang semalam di Kampung Setol semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIASAT: Syed Saddiq hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membuat laporan mengenai dakwaan penyalahgu­naan kuasa melibatkan Mohd Noorhisyam berhubung mengutip jumlah sewa berlebihan daripada peniaga Bazar...
— Gambar Bernama SIASAT: Syed Saddiq hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membuat laporan mengenai dakwaan penyalahgu­naan kuasa melibatkan Mohd Noorhisyam berhubung mengutip jumlah sewa berlebihan daripada peniaga Bazar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia