Utusan Borneo (Sarawak)

‘Chant Group’ bantah tindakan tebang pokok palma di Peel Avenue

-

KOTA BELUD: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah akan memberi tumpuan untuk meningkatk­an ekonomi masyarakat luar bandar terutamany­a golongan wanita dan kaum ibu.

Menterinya Ewon Benedick berkata perkara itu adalah antara fokus utama kementeria­n itu, selain membangunk­an kemudahan infrastruk­tur lain seperti jalan raya luar bandar, bekalan elektrik dan air luar bandar.

“Selain menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur luar bandar dan kemudahan-kemudahan lain, kita juga komited untuk meningkatk­an sumber pendapatan golongan wanita dan ibu di luar bandar.

Saya faham keperluan meningkatk­an pendapatan golongan wanita luar bandar, sebab itu saya memberi sokongan penuh kepada pembanguna­n wanita dan kaum ibu di luar bandar,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Kampung Kiau 2018, dekat sini kelmarin.

Sementara itu, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian turut memuji usaha Koonduan Kiau Nuluh Enterprise (KKNE) yang diterajui golongan wanita dan kaum ibu di kampung itu atas kejayaan mempelbaga­ikan produk berasaskan nanas.

“Kita telah melihat usaha dan komitmen golongan wanita dan ibu-ibu di kampung ini dalam mengeluark­an produk berasaskan nanas seperti Jem Nanas, Chutney Nanas, Chutney Bilis dan Jus Nanas.

Sebagai wakil rakyat kawasan Kadamaian dan menteri yang bertanggun­gjawab dalam pembanguna­n luar bandar, saya ingin melihat aktiviti mereka dapat diperkemba­ng atau diperkasak­an untuk meningkatk­an lagi sumber pendapatan,” katanya. — Bernama GEORGE TOWN: Sebuah NGO, Penang Citizens Awareness Chant Group membantah keras rancangan menebang pokok- pokok palma di sepanjang Peel Avenue oleh pemaju projek Island Hospital.

Penasihat kumpulan itu, Yan Lee berkata berasaskan pemerhatia­n Chant Group, tindakan itu adalah untuk memberi laluan kepada pembinaan projek hospital berkenaan yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun.

Bercakap kepada pemberita di sini semalam, beliau khuatir terlalu banyak pokok palma akan ditebang.

Katanya, pokok palma dikenali sebagai warisan Pulau Pinang dan ia tertera pada bendera negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia