Utusan Borneo (Sarawak)

Jepun, Colombia sedia berentap

-

SARANSK: Walaupun memecat jurulatih mereka hanya 71 hari sahaja sebelum kejohanan bola sepak Piala Dunia, Jepun akan cuba membuktika­n bahawa golongan yang meragui mereka adalah salah pada malam ini (11.00 malam Selasa) dalam perlawanan menentang pasukan Colombia yang bimbang mengenai kecergasan pemain tengah bintang James Rodriguez.

Penjaring terbanyak di Brazil 2014 itu belum pasti akan bermain ataupun tidak dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H di Arena Mordovia, Saransk, selepas dia mengalami keterikan pada betis kirinya, yang turut berlaku pada Februari lalu.

Pemain tengah Bayern Munich itu penting bagi peluang Colombia untuk mengulangi kemaraan mereka ke pering- kat suku akhir empat tahun lalu di Brazil.

James, 26, menjaringk­an enam gol dan membuat empat umpanan untuk membantu Colombia layak ke Rusia, manakala pemain tengah Wilmar Barrios juga sedang berusaha untuk kembali cergas.

Bagaimanap­un pasukan Amerika Selatan itu menentang pasukan Jepun yang pasti menghadapi masalah untuk mengelak penyingkir­an awal dari Piala Dunia jika pun mereka berada di bawah kendalian Jose Mourinho, menurut bekas jurulatih Philippe Troussier.

Dalam satu temu ramah baru-baru ini bersama AFP, Troussier berkata Jepun “tidak ada peluang” untuk mara ke peringkat kalah mati selepas mereka memecat Vahid Halilhodzi­c pada April lalu.

“Jika pun mereka bermain bersama Mourinho atau Arsene Wenger, ia pasti begitu sukar bagi Jepun untuk mara ke peringkat 16 terakhir,” kata warga Perancis itu, yang mengemudi Jepun ke pusingan kedua Piala Dunia 2002.

Ramalan suram Troussier menyusuli perkembang­an yang tidak menyenangk­an dalam pasukan kebangsaan.

Selepas Halilhodzi­c dipecat, Persatuan Bola Sepak Jepun menggantik­annya dengan bekas pengarah teknikal Akira Nishino.

Lelaki berusia 63 tahun itu mempunyai pengalaman yang tinggi dalam Liga J, tetapi pada peringkat kebangsaan, dia sebelum ini hanya bekerja bersama pasukan bawah 20 dan pasukan bawah 23 Jepun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia