Utusan Borneo (Sarawak)

Maradona kritik ‘pedas’ Sampaoli

-

BRONNITSY: Legenda Argentina Diego Maradona mengeluark­an penilaian yang pedas kelmarin mengenai keputusan seri negaranya dengan Iceland di kejohanan bola sepak Piala Dunia, dan memberi amaran kepada pengurus Jorge Sampaoli bahawa dia tidak akan dialu-alukan untuk kembali ke tanah air jika dia tidak menukar taktiknya.

“Bermain seperti itu, dia tidak boleh kembali ke Argentina,” kata pemenang Piala Dunia 1986 itu kepada televisyen Venezuela selepas Lionel Messi gagal menyempurn­akan tendangan penalti dalam keputusan seri 1-1 Kumpulan D di Moscow.

“Ia memalukan. Tidak bersiap sedia untuk perlawanan itu walaupun tahu semua pemain Iceland setinggi 1.90 meter. Saya dapat merasakan bahawa di tengah-tengah pasukan itu ada kemarahan umum,” kata Maradona, yang pernah menjadi bekas jurulatih pasukan kebangsaan tetapi tidak pernah juga memenangi sebarang kejohanan besar.

Argentina berada di hadapan menerusi Sergio Aguero pada minit ke-19 pada Sabtu lepas disaksikan oleh Maradona yang menghisap cerut di tempat duduk penonton di Stadium Spartak.

Namun pasukan negara kecil Iceland, yang bermain di kejohanan akhir sulung mereka, menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi Alfred Finnbogaso­n.

Messi, dengan prestasi di kejohanan Piala Dunia yang mungkin satu-satunya kegagalan dalam karier yang luar biasa, mensia-siakan peluang untuk meletakkan pasukan di hadapan apabila tendangan penaltinya pada minit ke-63 diselamatk­an oleh Hannes Halldorsso­n.

Namun Maradona mengelak daripada mengkritik bakal pewarisnya, sebaliknya menuding jari kepada Sampaoli.

“Saya tidak menyalahka­n pemain. Saya boleh menyalahka­n kekurangan kerajinan mereka. Tetapi saya tidak boleh m e n y a l a h k a n pemain, apatah lagi Messi, yang memberikan segalanya,” katanya.

“Saya gagal menyempurn­akan lima tendangan penalti tetapi saya masih Diego Maradona. Saya tidak fikir mereka melepaskan dua mata kerana Messi gagal menyempurn­akan tendangan penalti,” ujar Maradona, yang membimbing Argentina hingga ke peringkat suku akhir di Afrika Selatan pada 2010.

Argentina akan men e n t a n g C r o a t i a dalam perlawanan seterusnya pada 21 Jun. — AFP

 ??  ?? SAMPAOLI
SAMPAOLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia