Utusan Borneo (Sarawak)

MotoGP: Lorenzo menangi Grand Prix Catalunya

-

MONTMEL: Pelumba pasukan Ducati Jorge Lorenzo memecut dari grid pertama untuk mencatatka­n kemenangan dalam perlumbaan kedua berturut- turut di Grand Prix Catalunya kelmarin di hadapan pendahulu kejuaraan Marc Marquez dan Valentino Rossi.

Juara MotoGP dunia s e b a n y a k tiga kali itu menang di Mugello dalam perlumbaan terakhir untuk kemenangan pertamanya bersama Ducati, dan meraikan kemenangan­nya di Montmelo dengan begitu seronok sekali selepas perlumbaan di mana separuh peserta gagal menamatkan perlumbaan.

Selepas tujuh daripada 19 perlumbaan bagi musim ini, Lorenzo menduduki tempat ketujuh dalam kedudukan keseluruha­n dengan 66 mata, dan Marquez mendahului carta dengan 115 mata, diikuti Rossi (88) dan Maverick Vinales (77).

Lorenzo, yang akan meninggalk­an Ducati untuk menyertai Marquez di Honda pada musim akan datang, menamatkan perlumbaan 4.479 saat di hadapan Marquez, dan hampir tujuh saat di hadapan Rossi. LOMPAT TINGGI: Lorenzo (tengah) meraikan kejayaan selepas memenangi tempat pertama dalam MotoGP Catalunya sambil disaksikan Marquez (kiri) dan Rossi di Litar Montmelo. Marquez dan penunggang Suzuki dari Itali, Andrea Iannone, memintas Lorenzo seketika sebelum Lorenzo merampas semula tempat pertama dan mendahului hingga ke garisan penamat. “D e n g a n mencatatka­n kemenangan kedua berturut-turut, ia adalah menakjubka­n untuk m e l i h a t bagaimana keadaan dapat berubah dengan begitu cepat,” kata Lorenzo.

Rakan sepasukan Lorenzo, Andrea Dovizioso, terbabas selepas 10 pusingan, satu tamparan hebat bagi naib juara musim lepas itu yang gagal tamat dalam tiga daripada empat perlumbaan terakhirny­a.

Marquez berpuas hati dengan persembaha­nnya.

“Ia adalah sukar untuk menewaskan motosikal Ducati di sini tetapi perkara paling penting ialah kami telah meningkatk­an kelebihan kami dalam kejuaraan,” katanya.

Terdahulu pelumba muda dari Perancis Fabio Quartararo dari pasukan Speed Up memenangi Moto2 untuk kemenangan sulungnya dalam Grand Prix.

Pelumba berusia 19 tahun itu bermula dari tempat pertama dan menewaskan penunggang KTM dari Portugal, Miguel Oliveira, dengan kelebihan 2.492 saat, manakala pelumba dari Sepanyol, Alex Marquez, dari Kalex di tempat ketiga selepas ketinggala­n 3.485 saat di belakang.

Francesco Bagnaia dari Itali masih menduduki tempat teratas dalam carta untuk Kalex dengan kelebihan satu mata ke atas Oliveira dan 25 di hadapan Marquez di tempat ketiga.

Pelumba dari Itali Enea Bastianini dari Honda mencatatka­n kemenangan dalam Moto3 dalam perlumbaan yang menyaksika­n beberapa kemalangan. — AFP LONDON: Steven Gerrard merasa bimbang mengenai Celtic tidak akan membantuny­a dalam peranan baharunya sebagai pengurus Rangers.

Gerrard, bekas kapten Liverpool, sedang melancarka­n kariernya sebagai pengurus di Rangers, dan penyokong kelab gergasi Glasgow itu mahu bekas pemain tengah England itu merapatkan jurang dengan musuh tetangga Celtic, yang pada musim lepas melengkapk­an kejuaraan ‘treble’ kedua berturut-turut.

Rangers menamatkan kempen 12 mata di belakang juara Celtic dalam Liga Perdana Scotland tetapi Gerrard berkata merasa bimbang mengenai pasukan The Hoops, yang diurus oleh Brendan Rodgers, salah seorang bekas pengurusny­a di Liverpool, tidak akan membantu.

“Saya berpendapa­t bagi saya, ia adalah penting untuk tidak taksub dengan Celtic. Saya perlu mengurus Rangers,” kata Gerrard baru-baru ini.

“Ada perkara yang kami perlu perbaiki dan fokus saya adalah kepada Rangers.”

Gerrard menambah: “Brendan menghantar mesej kepada saya sejurus selepas pengumuman dibuat dan kami bertukar beberapa mesej.

“Saya berpendapa­t ia sangat tidak hormat untuk hanya fokus kepada satu pasukan sahaja dalam liga, terutamany­a apabila kita menduduki tempat ketiga (di belakang Aberdeen) dan Hibernian pula memberikan saingan sengit tidak jauh di belakang kita.

“Terdapat beberapa pasukan yang bagus dalam liga tetapi bagi saya, saya tidak akan melakukan kerja saya dengan baik jika saya fokus kepada pasukan lain.

“Sudah tentulah masa dan tempat itu ada untuk fokus kepada pasukan- pasukan tersebut apabila kita bakal menentang mereka tetapi buat masa sekarang keutamaan saya adalah Rangers dan cuba memperbaik­i perkara tertentu mengenai Rangers.” — AFP

 ??  ?? LORENZO
LORENZO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia