Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak lega kesemua 29 acara akan dipertandi­ng di SUKMA Perak

-

KUCHING: Sarawak menarik nafas lega selepas kesemua 29 acara akan dipertandi­ngkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-19 di Perak yang akan berlangsun­g dari 12 hingga 22 September depan.

Acara-acara itu ialah memanah, akuatik, badminton, bola keranjang, tinju, kriket, berbasikal, bola sepak dan futsal, golf, gimnastik, karate, bola baling, hoki (lelaki dan wanita), judo, karate, boling padang, muaythai, bola jaring, petanque, ragbi, belayar, menembak, sepak takraw, silat, skuasy, taekwondo, tenpin boling, angkat berat dan wushu.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak Dr Ong Kong Swee berkata, Sarawak akan bertanding dalam tiga sukan demonstras­i iaitu lawan pedang, bola tampar dan tenis.

“Ya, semua 29 acara adalah untuk SUKMA ini. Semua pengarah Majlis Sukan Negeri masing-masing telah bersetuju dengan mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal SUKMA pada Isnin lepas,” kata pada sidang akhbar di Megalanes Sarawak, E-Mart Batu Kawa di sini, semalam.

M e s y u a r a t i t u dipengerus­ikan oleh Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia Dato Low Beng Choo dan Datuk Ahmad Shapawi Ismail sebagai pengerusi bersama.

“Ia juga termasuk acara sukan seperti menyelam dan renang berirama yang hanya melibatkan penyertaan daripada empat negeri,” tambahnya.

Ong, juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, berada di Megalanes Sarawak untuk menyam- paikan bendera negeri kepada pasukan boling Sarawak yang akan bertanding pada Kejohanan Kebangsaan Malaysia Ke-41 dan Kejohanan Boling Antara Negeri Ke-31 di Sunway Megalanes, Kuala Lumpur bermula 7 hingga 14 Julai ini.

“Ini adalah berita baik kepada kita kerana kita telah mempersiap­kan para atlet semenjak setahun setengah yang lalu.

“Sukan berbasikal dan angkat berat mungkin digugurkan hanyalah khabar angin,” ujarnya.

Beliau memberitah­u pada mulanya Sarawak amat bimbang kerana kedua-dua acara berkenaan mampu menawarkan banyak pingat emas untuk negeri ini.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u kali ini Sarawak tidak akan menyertai tiga sukan demontrasi disebabkan kekangan bajet.

Bagaimanap­un ujarnya, atlet negeri tiga sukan berkenaan akan dihantar sebagai pendedahan kepada mereka dan ia merupakan sebahagian daripada program pembanguna­n sukan di negeri ini.

Selepas mesyuarat Jawatankua­sa Teknikal SUKMA Isnin lepas, Ong berkata Sarawak masih mahu mengekalka­n sasaran pingat iaitu 77 emas.

“Chef de mission kita, Datuk Snowdan Lawan akan mengetuai kontinjen negeri yang terdiri daripada hampir 600 atlet serta pegawai ke Perak.

“Kami juga telah mengemukak­an senarai nama atlet termasuk atlet simpanan kepada penganjur,” tambahnya.

 ?? — Gambar AFP ?? BINCANG: Rakitic (kanan) berbincang dengan jurulatih, Dalic ketika sesi latihan di Saint Petersburg.
— Gambar AFP BINCANG: Rakitic (kanan) berbincang dengan jurulatih, Dalic ketika sesi latihan di Saint Petersburg.
 ??  ?? ONG
ONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia