Utusan Borneo (Sarawak)

Croatia merujuk kepada Rakitic cara-cara mengekang Messi

-

SAINT PETERSBURG: Rakan Lionel Messi di Barcelona, Ivan Rakitic, akan ditanya bagi semua tip yang dia ada mengenai cara untuk mengekang penyerang itu, akui jurulatih Croatia, Zlatko Dalic, kelmarin.

Croatia akan menentang Argentina di Novgorod pada Khamis ini dan dapat meletakkan lawan mereka di ambang penyingkir­an awal selepas pasukan Amerika Selatan itu diikat oleh Iceland dalam perlawanan pembukaan mereka.

Messi gagal menjaringk­an tendangan penalti dan mengalami petang yang menghampak­an pada keseluruha­nnya, apabila Iceland berjaya meneutralk­annya menerusi usaha kolektif yang cemerlang.

Croatia, yang menduduki tempat teratas dalam Kumpulan D selepas berjaya menewaskan Nigeria, kini akan cuba melakukan perkara yang sama dan mereka ada kelebihan dalam Rakitic, yang sudah menghabisk­an masa sejak empat tahun lalu bersama Messi di Barcelona.

“Sudah tentulah Rakitic akan menjadi penolong saya untuk tiga hari akan datang dan kami sudah tentulah akan mendapatka­n nasihat mengenai cara untuk mengekang Messi,” kata Dalic.

“Saya selalu bertanya kepada pemain saya mengenai perkara sedemikian, tentang apa sahaja dan segalanya, saya suka berkomunik­asi dan menerima setiap tip yang saya dapat perolehi.

“Dia juga menyukainy­a, Ivan akan memberitah­u saya, saya akan gunakan semua maklumat yang dapat saya gunakan, dan Luka (Modric) dan (Mateo) Kovacic juga akan membantu. Mereka juga pernah bermain menentangn­ya (untuk Real Madrid).” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia