Utusan Borneo (Sarawak)

Silva yakin Portugal mampu mengatasi Maghribi

-

KRATOVO: Penyerang Portugal Andre Silva percaya juara Eropah itu memiliki keupayaan untuk menewaskan Maghribi menjelang perlawanan peringkat kumpulan mereka yang akan datang dalam Piala Dunia di Moscow.

“Saya berpendapa­t kami lebih kuat berbanding Maghribi jika kita membanding­kan kedua- dua pasukan, tetapi saya tidak menyatakan perlawanan itu adalah mudah bagi kami,” kata Silva kepada pemberita di pangkalan pasukan Portugal semalam.

“Kita tidak boleh memandang rendah mereka dan mesti menghormat­i manamana lawan. Mana- mana perlawanan di Piala Dunia adalah sukar.”

Silva dimasukkan sebagai pemain gantian lewat dalam keputusan seri 3- 3 Portugal dengan Sepanyol dalam perlawanan pembukaan mereka dalam Kumpulan B manakala gol lewat jaringan sendiri memberikan kekalahan 1-0 yang mengecewak­an kepada Maghribi di tangan Iran.

“Mereka tewas dalam perlawanan pertama mereka tetapi ia berlaku dan sekarang mereka akan fokus kepada kemenangan dan akan cuba sedaya upaya,” kata penyerang AC Milan itu.

“Mereka biasa bermain menentang pasukan Eropah dan akan berusaha sedaya upaya untuk mendapat kemenangan ini.”

Dia menambah: “Pasukan pilihan tidak ada. Maghribi mempunyai pemain cemerlang dan keputusan perlawanan mereka menentang Iran boleh jadi berlainan.”

Cristiano Ronaldo telah memilih Silva, 22, yang berhijrah ke Milan dari Porto pada tahun lepas, sebagai penggantin­ya bagi jangka panjang dalam pasukan Portugal.

“Seperti apa yang saya telah katakan, ia adalah satu penghormat­an yang besar untuk bermain bersamanya, dia adalah pemain bola sepak terbaik di dunia,” kata Silva, yang menjari n g k a n 1 2 g o l yang mengagumka­n dalam 24 p e n a m p i l a n antarabang­sa.

“Saya sangat gembira kerana berada dalam pasukan yang sama dengannya.

“Bila dia memerlukan saya untuk melakukan sesuatu, saya selalu berada di posisi yang dia mahukan. Dan apabila saya memerlukan­nya, dia sentiasa ada di sisi saya. Kami sentiasa berusaha untuk bekerja sama dan dalam kombina

si.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? Andre Silva (kiri) dan Ronaldo berlatih di pusat latihan sebagai persiapan menjelang perlawanan menentang Maghribi. SILVA
— Gambar Reuters Andre Silva (kiri) dan Ronaldo berlatih di pusat latihan sebagai persiapan menjelang perlawanan menentang Maghribi. SILVA
 ??  ?? KEKALKAN STAMINA:
KEKALKAN STAMINA:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia