Utusan Borneo (Sarawak)

Kompany kekal di sisi Belgium

-

SOCHI: Vincent Kompany akan kekal bersama skuad Belgium di kejohanan bola sepak Piala Dunia walaupun kini mengalami kecederaan pangkal paha, jurulatih Roberto Martinez mengesahka­n kelmarin.

Martinez dapat membuat perubahan kepada skuadnya yang mempunyai 23 pemain selewat kelmarin, sehari sebelum pasukan Belgium yang dipuji-puji memulakan kempen Piala Dunia mereka menentang Panama dalam Kumpulan G di Sochi.

Kompany belum lagi bermain sejak dia mengalami kecederaan dalam perlawanan persahabat­an menentang Portugal dua minggu lalu, dan Martinez berkata dia tidak dijangka dapat bermain lagi sebelum perlawanan kumpulan terakhir menentang England di Kaliningra­d pada 28 Jun.

“Kami telah membuat keputusan perubatan pada pagi ini bahawa kami akan mengekalka­n skuad 23 pemain seperti yang diumumkan,” kata Martinez kepada pemberita di Stadium Fisht, Sochi.

“Kita tidak akan menggunaka­n sebarang perubahan. Vinny sudah berubah dengan lebih baik berbanding apa yang kami sangkakan, walaupun kami berpendapa­t dia boleh mendapat peluang yang baik untuk terlibat dalam fasa kumpulan. Sekarang dia mempunyai peluang yang lebih kuat.”

Martinez juga ada Thomas Vermaelen dari Barcelona yang sedang berusaha untuk mengatasi masalah hamstring – dia tinggal di pangkalan pasukan di Moscow dan tidak pergi ke pantai Laut Hitam untuk perlawanan semalam.

Namun pilihan siap sedia Laurent Ciman sudah pun dibenarkan pulang ke Belgium pada Sabtu lepas.

Kompany, pemain pertahanan Manchester City, juga tidak akan bermain dalam perlawanan pada Sabtu ini menentang Tunisia di Moscow.

Tanpa dua pemain berpengala­man itu, Dedryck Boyata dari Celtic dijangka akan bermain bersama dua pemain Tottenham Hotspur, Jan Vertonghen dan Toby Alderweire­ld, untuk menentang Panama. — AFP

 ??  ?? KOMPENI
KOMPENI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia