Utusan Borneo (Sarawak)

Filem pendek Raya Siti Khadijah lakonan berkesan undang air mata

-

WATAK Mak (lakonan Fauziah Nawi) sebagai ibu kepada anak lelaki (lakonan Fikry Ibrahim) yang berkahwin dengan gadis Cina bernama Ruby (lakonan Joyce Harn) meruntun jiwa sesiapa sahaja yang menontonny­a.

Tanggapan kehadirann­ya tidak disenangi Ruby, menantunya membuatkan si ibu sentiasa terkecil hati.

Rupanya selama ini Ruby sering meleteri adik lelakinya Roger dalam Bahasa Mandarin kerana tidak membantu kerjakerja rumah dan makan di hadapan ibu mertuanya yang sedang berpuasa kerana dianggap kurang sopan.

Segala salah faham terlerai apabila insiden telekung luntur warna membawa kepada perdamaian di antara Ruby dan ibu mertuanya melalui hadiah sepasang telekung Siti Khadijah sebagai ganti telekung lama yang telah rosak.

Husnuzon atau berbaik sangka, sentiasa berfikiran positif tanpa persepsi menjadi kunci utama mesej yang ingin disampaika­n oleh Siti Khadijah.

Dengan lahirnya filem pendek arahan Bob Husaini dari Tangerine Pictures dan kreatif oleh Ridzwan Ibrahim ini, ia diharap dapat membawa suasana Hari Raya yang lebih jelas dan bermakna; saling berkomunik­asi dengan lebih baik agar dapat mengenali hati budi sesama insan melangkaui bangsa dan latar belakang.

“Filem pendek raya ini membawa mesej kepada persefaham­an bersama, toleransi dan saling menghormat­i agama dan budaya orang lain. Kita perlu sentiasa belajar di antara satu sama lain dan menyingkir tanggapan salah faham di antara kita,” ujar Mohammad Munzir Aminuddin, Pengarah Pemasaran Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.

Menurut Munzir lagi, di dalam Islam itu sendiri, intipati perdamaian di dalam sesebuah masyarakat dapat dikecapi apabila wujudnya keharmonia­n walau berbeza agama, budaya dan etnik.

Ditayangka­n sejak 3 Jun 2018 melalui saluran Youtube rasmi Telekung Siti Khadijah, laman web dan media sosial, angka himpunan tontonan terkini telahpun mencecah lebih lima juta tidak sampai 7 hari. Filem pendek raya ini secara tidak rasmi mendapat undian penonton pada kedudukan antara tiga tertinggi video kempen raya paling disukai tahun ini dengan hashtag #BisikHatiM­ak.

Ambil hati insan yang tersayang dengan menghadiah­kan sepasang telekung Siti Khadijah sebagai tanda penghargaa­n buat mereka di Aidilfitri ini.

Telekung premium Siti Khadijah yang berharga dari RM139 – RM287 boleh didapati di butik Siti Khadijah dan secara online di www.sitikhadij­ah. com.

 ??  ?? MERUNTUN JIWA: Watak Mak (lakonan Fauziah Nawi) sebagai ibu kepada anak lelaki (lakonan Fikry Ibrahim) yang berkahwin dengan gadis Cina bernama Ruby (lakonan Joyce Harn) meruntun jiwa siapa sahaja yang menontonny­a.
MERUNTUN JIWA: Watak Mak (lakonan Fauziah Nawi) sebagai ibu kepada anak lelaki (lakonan Fikry Ibrahim) yang berkahwin dengan gadis Cina bernama Ruby (lakonan Joyce Harn) meruntun jiwa siapa sahaja yang menontonny­a.
 ??  ??
 ??  ?? LAKONAN BERKESAN: Fauziah Nawi Joyce Harn dalam filem pendek Raya Telekung Siti Khadijah.
LAKONAN BERKESAN: Fauziah Nawi Joyce Harn dalam filem pendek Raya Telekung Siti Khadijah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia