Utusan Borneo (Sarawak)

Pertahanan udara Saudi pintas misil balistik dari Yaman

-

RIYADH: Pertahanan udara Saudi kelmarin memintas misil balistik yang ditembak dari wilayah yang ditawan oleh pemberonta­k di negara jiran Yaman, lapor media negara, ketika pakatan tentera yang diketuai oleh Riyadh mendesak bagi serangan utama bagi menawan sebuah pelabuhan yang strategik.

Misil tersebut, yang menyasarka­n bandar selatan Jizan, meninggalk­an seorang rakyat Pakistan tercedera, kata pihak pakatan dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh Agensi Media Saudi.

Pemberonta­k Huthi yang disokong oleh Iran telah mendakwa melalui media mereka Al-Masirah bahawa misil telah menyasarka­n sebuah kem tentera di Jizan.

Pemberonta­k sejak beberapa bulan telah melakukan serangan misil terhadap negara jiran Arab Saudi, yang membawa kepada satu pakatan ketenteraa­n yang menentang pengganas sejak 2015.

Serangan terbaharu muncul ketika pasukan prokerajaa­n Yaman terperangk­ap dalam pertempura­n sengit dengan pemberonta­k ketika mereka mendesak satu serangan yang disokong oleh Arab Saudi dan UAE bagi merampas semula hab bantuan utama Hodeida.

Pada Ahad lepas, pertahanan udara Saudi berjaya menghalang satu lagi misil balistik terhadap Jizan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, menurut laporan media negara.

Sehari sebelum itu, tiga orang awam terbunuh di Jizan selepas pemberonta­k Huthi melepaskan tembakan “roket” ke wilayah tersebut, kata pihak pakatan.

Arab Saudi pada tahun lepas menguji satu sistem siren yang baharu untuk bandar utama Riyadh dan wilayah kaya dengan minyak Wilayah Timur, dalam satu petunjuk mengenai ancaman yang semakin bertambah dilakukan oleh kumpulan pemberonta­k yang bersenjata.

Riyadh menuduh musuhnya Tehran membekalka­n pihak Huthi dengan misil balistik, satu tuduhan yang dinafikan oleh Iran.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan beberapa sekutu lain telah campurtang­an di Yaman pada tahun 2015 untuk menghalau pemberonta­k dan mengembali­kan kerajaan yang diiktiraf pihak antarabang­sa untuk berkuasa selepas Huthi mengguling­kannya dari beberapa kawasan di negara ini termasuk ibu negara Sanaa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia