Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita bersenjata­kan pisau tikam dua di pasar raya Perancis

-

MARSEILLE: Dua orang tercedera di sebuah pekan di selatan Perancis kelmarin apabila seorang wanita melaungkan “Allahu akbar” (Allah Maha Besar) menyerang mereka di dalam sebuah pasar raya dengan pisau pemotong kotak, kata pendakwa raya.

Seorang pelanggan ditikam di bahagian dada semasa serangan pada lewat pagi di La Seyne-sur-Mer, di luar pelabuhan Toulon di Mediterran­ean, namun kecederaan­nya tidak membahayak­an nyawa, pendakwa raya Bernard Marchal memberitah­u AFP.

Seorang wanita bekerja di sebuah kaunter pemeriksaa­n turut mengalami kecederaan pada matanya. Kedua-dua mangsa sudah dibawa ke hospital.

“Ia kelihatan sebagai sebuah kes terpencil oleh seseorang yang diketahui mempunyai sejarah psikologi,” kata Marchal, “walaupun itu tidak termasuk kebarangka­lian bahawa dia mempunyai sikap radikal.”

“Beberapa saksi telah memetik suspek sebagai berkata bahawa Allah yang memberitah­u dia agar melakukann­ya, bahawa mereka semua orang jahat dan dia mahu polis membunuhny­a,” kata pendakwa raya.

Pendakwa raya menambah bahawa “berbeza dengan apa yang dikatakan pada mulanya, suspek tidak memakai tudung, namun sepasang tunik hitam dan seluar hitam serta cermin mata hitam.”

Perancis telah berada dalam keadaan sangat berjaga-jaga selepas satu siri serangan pejuang jihad sejak awal 2015, selalunya oleh orang yang menjadi radikal atau mendakwa bertindak atas nama kumpulan Daesh (IS). Suspek berusia 24 tahun, yang tidak mempunyai rekod polis, telah dihalang oleh seorang pelanggan dan dua pekerja pasar raya sebelum dia ditahan oleh polis.

“Saya memegang lengannya untuk merampas pisau tersebut,” kata pelanggan, seorang juruteknik yang memberitah­u nama pertamanya, Sebastien.

“Saya menyoal dia ‘Kenapa kamu melakukann­ya.’ Dia tidak menjawab.”

Wanita itu “berada dalam keadaan panik, dia berasa takut, dia tidak memahami apa yang telah berlaku kepadanya, dia kelihatan sangat lemah selepas itu,” kata Sebastien.

Polis kemudian menggeleda­h rumahnya untuk menentukan sekiranya dia mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan IS, namun Marchal menyatakan mereka hanya menemui sebuah al-Quran lama dan sehelai bendera Algeria. Sebuah komputer telah dirampas dari studio di mana dia tinggal beberapa kilometer dari pasar raya itu.

“Kami masih belum mengetahui sekiranya ini merupakan satu tindakan keganasan, namun dalam mana-mana kes ia adalah sangat menakutkan,” ujar Marchal.

Wanita itu, yang mempunyai kad kurang upaya fizikal, akan menjalani penilaian psikiatrik.

Lebih 240 orang terkorban dalam beberapa serangan jihad sejak pembunuhan beramai-ramai di majalah satira Charlie Hebdo di Paris pada Januari 2015.

Pada bulan lepas seorang lelaki bersenjata­kan pisau melaungkan “Allahu akbar” telah membunuh seorang dan mencederak­an empat lagi dalam serangan malam Sabtu di tengah Paris.

Pada Mac lalu, seorang lelaki Perancis- Maghribi menembak mati tiga orang, termasuk seorang anggota polis, di sebuah pasar raya di pekan selatan Trebes sebelum dibunuh oleh polis. Dia turut membunuh seorang penumpang di dalam sebuah kereta yang dirampasny­a di Carcassonn­e.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? LOKASI JENAYAH: Pegawai polis forensik berjalan masuk ke dalam pasar raya di mana dua orang cedera ditikam seorang wanita bersenjata­kan pisau pemotong kotak di La Seyne-sur-Mer, di selatan Perancis kelmarin.
— Gambar AFP LOKASI JENAYAH: Pegawai polis forensik berjalan masuk ke dalam pasar raya di mana dua orang cedera ditikam seorang wanita bersenjata­kan pisau pemotong kotak di La Seyne-sur-Mer, di selatan Perancis kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia