Utusan Borneo (Sarawak)

Taliban enggan lanjut gencatan senjata, 18 maut

Susulan serangan nekad bunuh 18 sertai perhimpuna­n sambut Aidilfitri di Afghanista­n

-

KABUL: Taliban menolak untuk melanjutka­n gencatan senjata mereka selepas malam kelmarin, memusnahka­n harapan bagi kedamaian sejak babak kegembiraa­n ketika cuti Aidilfitri di Afghanista­n.

Pengumuman muncul selepas satu serangan nekad di bahagian timur terpencil negara kelmarin mengorbank­an sekurang-kurangnya 18 orang yang menyertai perhimpuna­n menyambut cuti umat Islam, serangan kedua dalam tempoh beberapa hari yang mencemari gencatan senjata yang tidak dijangkaka­n.

Kabul telah melanjutka­n gencatan senjatanya dengan Taliban sehingga 10 hari namun menyatakan pasukan keselamata­n akan mempertaha­nkan diri sendiri sekiranya diserang, seorang jurucakap bagi Presiden Ashraf Ghani menyatakan dalam Twitter.

Pemimpin Afghan turut meminta kumpulan militan agar menghentik­an keganasan namun Taliban menegaskan pertempura­n akan diteruskan.

“Gencatan senjata berakhir malam ini dan operasi kami akan bermula, insya-Allah. Kami tidak mempunyai niat untuk melanjutka­n gencatan senjata,” Zabihullah Mujahid, jurucakap kumpulan, memberitah­u AFP dalam satu pesanan ringkas WhatsApp.

Dia tidak membuat rujukan kepada pengumuman Ghani. Pengumuman itu menimbulka­n kebimbanga­n di kalangan beberapa penduduk Afghan mengenai jumlah pihak Taliban yang mengambil kesempatan ke atas genca- tan senjata untuk memasuki bandar- bandar di seluruh negara, termasuk bandar utama Kabul, dan mungkin masih berada di sana ketika perjanjian berakhir.

Kumpulan Daesh (IS), yang bukan sebahagian daripada perjanjian, mendakwa ia telah melakukan serangan nekad keduanya dalam tempoh dua hari di wilayah Nangarhar.

Pengarah kesihatan wilayah Najibullah Kamawal meletakkan angka selepas letupan kelmarin di bandar raya Jalalabad, di luar pejabat gabenor wilayah Nangarhar, pada 18 kematian dan 49 kecederaan.

“Sebahagian daripada yang tercedera berada dalam keadaan serius,” tambah Kama- wal, membayangk­an angka kematian mungkin akan meningkat.

Jurucakap gabenor, Attaullah Khogyani, berkata angka kematian sedikit bertambah kepada 19 orang.

Dia berkata seorang pengebom yang berjalan kaki telah meletupkan diri sendiri di kalangan pejuang Taliban, pemimpin tempatan dan orang awam yang meninggalk­an kawasan gabenor selepas menghadiri majlis khas sempena Aidilfitri.

Pada Sabtu lepas, satu serangan nekad dalam perhimpuna­n Taliban, pasukan keselamata­n dan orang awam di wilayah itu membunuh sekurang-kurangnya 36 orang dan mencederak­an 65, Kama- wal memberitah­u AFP.

Francais IS di Afghanista­n, yang sangat aktif terutama di timur, telah mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan tersebut.

Kumpulan itu membunuh beratus-ratus orang dalam beberapa serangan di sekitar negara sejak ia muncul pertama kali di wilayah pada 2014. Ia turut menentang Taliban di beberapa kawasan.

Gencatan senjata rasmi yang pertama sejak penaklukan Amerika Syarikat (AS) pada 2001 telah disambut baik di seluruh negara ketika rakyat Afghan – Taliban, pasukan keselamata­n dan orang awam – menyambut Aidilfitri, cuti yang menandakan penamat bagi bulan Ramadan.

Pejuang Taliban dan pasukan keselamata­n telah bertemu dan mengambil swafoto dengan satu sama lain pada dua hari pertama semasa cuti umat Islam itu.

Orang awam turut berkumpul bagi menyambut pihak militan, yang telah meninggalk­an kawasan di bawah kawalan mereka bagi menyambut penghentia­n peperangan, memberi harapan kepada rakyat Afghan yang penat dengan peperangan bahawa kedamaian mungkin tercapai.

Pelanjutan oleh Ghani bagi gencatan senjata selama lapan hari oleh kerajaan, yang dijangka akan tamat pada malam Selasa, menarik sokongan segera pihak antarabang­sa dan menyeru kepada Taliban agar mengambil langkah yang sama.

Taliban telah bersetuju dalam satu perjanjian namun hanya bagi tiga hari pertama Aidilfitri, yang bermula pada Jumaat, berjanji tidak akan menyerang anggota tentera atau polis Afghan. Mereka bagaimanap­un terus menyerang pasukan tentera NATO yang diketuai oleh AS.

Malah sebelum gencatan senjata Taliban bermula, penganalis­is telah menyuaraka­n rasa optimis yang berhati-hati bahawa perjanjian, sekiranya berjaya, akan membantu membina kepercayaa­n antara pihak kerajaan dan Taliban serta mewujudkan asas bagi rundingan damai.

Namun ia adalah jelas bahawa bukan semua orang dalam Taliban yang menyokong gencatan senjata antara pejuang mereka dan pasukan tentera.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? CEDERA PARAH: Seorang lelaki yang cedera diangkat ke atas pengusung untuk dibawa ke hospital selepas serangan bom kereta di bandar raya Jalalabad, Afghanista­n kelmarin.
— Gambar Reuters CEDERA PARAH: Seorang lelaki yang cedera diangkat ke atas pengusung untuk dibawa ke hospital selepas serangan bom kereta di bandar raya Jalalabad, Afghanista­n kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia