Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat, rumah gabenor dibakar perusuh di PNG

-

SYDNEY: Papua New Guinea (PNG) mengisytih­arkan perintah darurat di wilayah hutan Southern Highlands selepas kumpulan penyangak bersenjata melakukan amukan, membakar sebuah pesawat penumpang dan rumah gabenor tempatan.

Polis berkata orang ramai berang dengan keputusan mahkamah untuk menolak satu petisyen membantah pilihan raya pada 2017 oleh gabenor wilayah William Powi, dalam kebimbanga­n bagi kegiatan rasuah.

Mereka membakar rumah Powi dan mahkamah tempatan di pekan Mendi pada lewat minggu lepas dan memusnahka­n sebuah pesawat yang dimiliki oleh syarikat penerbanga­n negara di lapangan terbang.

Tiada sesiapa yang tercedera, dan Air Niugini berkata kru pesawat Dash 8 adalah selamat dan sudah kembali ke ibu negara Port Moresby.

Syarikat penerbanga­n menyatakan ia sedang melakukan “satu penilaian penuh bagi apa yang telah berlaku, dan satu penilaian risiko sejajar dengan kehendak Lembaga Keselamata­n Penerbanga­n Awam PNG”, dengan perkhidmat­an ke kawasan tersebut telah ditangguhk­an.

Beberapa imej dalam media sosial menunjukka­n pesawat dua enjin berkuasa turbo hangus, dengan fiuslaj terbakar sepenuhnya.

Pada Jumaat lepas Perdana Menteri Peter O’Neill mengisytih­arkan perintah darurat selama sembilan bulan dan menggantun­g kerajaan wilayah.

“Keadaan seperti sedia kala telah kembali semula di wilayah dan pada hari ini kami mahu memohon maaf kepada Papua New Guinea bagi kejadian baru- baru ini, kebanyakan­nya kerana perasaan kecewa,” beliau memberitah­u akhbar Post Courier semalam.

“Tiada orang yang boleh mengatasi udang- undang dan semua yang terlibat akan berdepan dengan tindakan undang-undang sepenuhnya dan menjawab bagi manamana jenayah yang mereka telah lakukan,” tegas beliau.

Thomas Eluh, seorang bekas anggota polis, telah diberikan kuasa darurat perlembaga­an, dengan O’Neill secara peribadi akan mengawasi operasi oleh kerajaan wilayah.

Seorang wartawan Radio New Zealand di Mendi, Melvin Levongo, berkata bilangan anggota polis telah diatasi dan tidak mampu untuk menghalang perusuh yang bersenjata­kan senjata berkuasa tinggi.

“Kumpulan samseng mahu melakukan sesuatu... penduduk berasa sangat marah terhadap gabenor dan telah melakukan sesuatu untuk mendapatka­n perhatian kerajaan sekarang,” beliau memberitah­u pihak penyiaran.

“Dalam sejarah PNG, tiada sesiapa yang pernah membakar pesawat Air Niugini sebelum ini. Ia merupakan kebanggaan kami, dan bagi penduduk di Mendi untuk berbuat sedemikian, ia amat menyedihka­n. Seluruh negara berasa tidak senang hati mengenainy­a.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia