Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Filipina tempur saki-baki militan pro-IS

-

MANILA: Tentera Filipina bertempur dengan saki-baki militan pro-Daesh (IS) yang menguasai sebuah bandar selatan selama lima bulan pada tahun lepas, kata tentera semalam.

Kolonel Romeo Brawner, timbalan komander Pasukan Petugas Gabungan Marawi, berkata pasukan keselamata­n telah melancarka­n serangan udara dan darat di wilayah Lanao del Sur kelmarin untuk menghalau keluar pemberonta­k Maute dan ketua baharu kumpulan tersebut.

Brawner berkata beliau tidak dapat mengesahka­n sebarang kematian dalam operasi ketenteraa­n di dua pekan berhampira­n Kota Marawi, yang sekarang melalui pemulihan semula dan sebahagian penduduk sudah kembali ke rumah mereka.

Pihak tentera sedang menyasarka­n Abu Dar, yang dipercayai oleh kerajaan sebagai “amir” baharu bagi IS di Asia Tenggara, kata Brawner.

Ia tidak dapat disahkan secara bebas sama ada IS telah memilih Dar sebagai pemimpin baharu di wilayah tersebut ataupun tidak.

Militan yang diinspiras­ikan oleh IS telah merampas beberapa bahagian di bandar selatan Marawi pada Mei 2017, yang menimbulka­n kebimbanga­n mengenai pengaruh kumpulan pelampau d Asia Tenggara.

Pihak tentera menamatkan operasi ketenteraa­n selepas merampas kuasa di selatan Marawi pada Oktober lalu, dan mengalih tumpuannya kepada kawasan paya di pulau tersebut di mana militan proIS yang lain beroperasi.

Pertempura­n di Marawi telah menyebabka­n kira-kira 350,000 penduduk hilang tempat tinggal dan lebih 1,100 maut, kebanyakan­nya anggota militan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia