Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak manfaat untuk rakyat kerana ia dapat membantu mengurangk­an masa dan kos perjalanan

-

KUALA LUMPUR: Penduduk di Pantai Timur berharap projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang sedang dikaji semula oleh kerajaan baharu, akan diteruskan kerana ia akan membantu mengurangk­an masa dan kos perjalanan.

Suraya Omar, ibu tunggal dari Kelantan yang kini berniaga di Subang Jaya berkata, keputusan kerajaan untuk melaksanak­an projek ECRL memang dinantikan kerana banyak manfaat yang boleh dinikmati rakyat.

Projek gergasi bernilai RM55 bilion akan menjadi laluan kereta api terpanjang di negara ini. Apabila siap pada 2024, ia akan menghubung­kan Pelabuhan Klang di Selangor dengan Pengkalan Kubor di Kelantan, dengan merentasi Pahang dan Terengganu.

Projek itu dikaji semula kerana kosnya yang terlalu besar.

“Sekarang ini saya terpaksa ulang- alik hampir setiap minggu dengan kereta bersama seorang pekerja untuk tengok anak-anak yang tinggal bersama adik saya di Kelantan.

“Saya tidak mampu untuk berbelanja lebih dan naik kapal terbang. Lagipun lapangan terbang dengan rumah saya pun agak jauh.

“Tapi bila dapat tahu kerajaan nak buat ECRL, memang sayalah yang paling gembira. Ia memudahkan segala urusan. Kawan-kawan dan rakyat Kelantan yang berada di luar pun cakap benda yang sama.

“Saya harap kerajaan boleh pertimbang­kan hasrat kami di Pantai Timur ini. Banyak faedah dan manfaatnya kepada masyarakat dan negara jika projek ini diteruskan,” katanya.

Perkara yang sama dinyatakan Mohd Faris Azmi, 33 tahun, anak kelahiran Pasir Puteh yang merupakan kakitangan syarikat swasta terkemuka di ibu negara.

Faris yang pulang ke Kelantan hampir setiap dua minggu untuk urusan kerja dan untuk menjenguk keluarga juga memberitah­u, ECRL bukan sahaja memudahkan, malah menjimatka­n masa.

“Walaupun ambil masa dua hingga tiga jam, itu masih memadai sebab kita tidak perlu memandu pun. Hanya duduk, rehat, makan dan sampai ke destinasi. Bagi mereka yang bekerja seperti saya, ketika berada dalam perjalanan begini sahaja kami berpeluang untuk rehat.

“Jimat masa, jimat wang, jimat tenaga dan boleh buka pelbagai lagi ruang ekonomi dan sosial dengan adanya ECRL ini. Rata-rata rakyat Kelantan suka berniaga dan mereka akan jadikan ECRL sebagai medium untuk bawa pelancong dari luar negara masuk ke Malaysia dan bantu tingkatkan ekonomi,” katanya.

Sementara itu pelajar sebuah institusi pendidikan tinggi awam di ibu kota, Fatin Syahirah Mohd Yusri berpendapa­t, dengan adanya ECRL, kadar nahas jalan raya akan menurun, terutama semasa musim perayaan.

“Dengan adanya ECRL, peratusan kemalangan akan berkurang. Ini amat penting kerana kesedaran orang ramai terhadap bahayanya memandu jarak jauh di Malaysia ini masih berkuranga­n. Rata-rata mahu pulang dan sampai cepat ke destinasi.

“Sikap yang sukar dibuang, malah semakin menjadi-jadi sehingga wujudnya samseng jalanan dan sebagainya. Budaya ini dapat dihakis jika wujud satu inisiatif lain bagi memudahkan perjalanan ke Pantai Timur.

“Kami sebagai bakal graduan juga akan mempunyai peluang yang lebih meluas dalam bidang pekerjaan. Ekonomi dan pelanconga­n negara akan terus berkembang dengan baik dan komunikasi dengan pelbagai negara boleh memakmurka­n lagi Malaysia,” katanya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan dalam sidang medianya sebelum ini menganggar­kan tahun ini lebih satu juta kenderaan perantau akan masuk ke Kelantan melalui tiga laluan utama iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.

Pada 2016, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kelantan tahun menyatakan jangkaan tiga juta kenderaan pulang atau masuk ke negeri ini bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Namun jumlah tersebut semakin berkuranga­n dengan adanya pelbagai tawaran menarik melibatkan penerbanga­n yang terpaksa ditambah dari semasa ke semasa.

Malah tidak hairanlah jika Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu ini adalah antara lapangan terbang tersibuk di Malaysia melibatkan penerbanga­n dari ibu negara dan beberapa negeri lain.

Disebabkan kesibukan itu juga, ramai yang meminta kerajaan memperbesa­rkan lagi lapangan terbang tersebut bagi menampung kapasiti ketibaan dan pelepasan setiap hari, sekali gus menjadikan­nya lapangan antarabang­sa.

Bagaimanap­un, sejauh mana keberkesan­annya nanti, sedangkan masih ada lagi rakyat negeri ini yang tidak mahu menggunaka­n kapal terbang untuk membuat perjalanan mereka. Mereka mungkin mempunyai alasan tersendiri dan harus dihormati.

Bukan hanya itu sahaja, malah penduduk di Gua Musang dan hulu Kelantan memang tidak akan memilih pengangkut­an tersebut kerana mengambil masa dua hingga tiga jam untuk sampai ke lapangan terbang.

Dengan itu ECRLdiliha­t lebih efisien berbanding pengangkut­an lain, terutama apabila stesen- stesen dan laluan yang disediakan itu melibatkan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ahmad Faisal Mohamed Fiah berkata, projek ECRL ini wajar diteruskan bagi faedah jangka panjang.

Menurutnya, ia secara tidak langsung dapat membangunk­an ekonomi di Pahang, Terengganu dan Kelantan lebih kompetitif dari segi ekonomi dengan negeri-negeri lain di Semenanjun­g.

“Dalam masa yang sama, ia dapat memberikan kemudahan kepada rakyat negeri tersebut untuk bergerak dengan lebih selesa serta dapat mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap kenderaan persendiri­an, khususnya untuk pulang ke kampung halaman pada musim perayaan.

“Selain itu, kadar pelanconga­n akan dapat ditingkatk­an pada masa depan kerana ketiga-tiga negeri tersebut mempunyai nilai pelanconga­n yang tinggi.

“Jadi dengan adanya ECRL ini boleh diibaratka­n sebagai pelengkap kepada keseluruha­n sistem pengangkut­an darat yang ada di Malaysia. Justeru itu, kerajaan wajar meneruskan projek ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia