Utusan Borneo (Sarawak)

Nippon Paint yakin pertumbuha­n jualan 10 peratus untuk tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesai­an lapisan, Nippon Paint Malaysia, yakin mencatatka­n pertumbuha­n jualan 10 peratus tahun ini daripada RM700 juta yang direkodkan tahun lepas, walaupun berdepan suasana pasaran yang mencabar.

Pengarah Urusan Kumpulan, Yaw Seng Heng, berkata produk inovasi terbaharu, meningkatk­an perniagaan e-dagang selain peningkata­n kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap kemasan lapisan adalah antara faktor yang menyumbang kepada pertumbuha­n ini.

“Nippon Paint pada masa ini memegang 50 peratus pasaran dengan segmen dekorasi menyumbang sebanyak 80 peratus kepada jumlah jualan kumpulan.

“Segmen ini akan kekal menjadi bidang fokus utama kami dari segi pertumbuha­n untuk tahun kewangan 2018,” katanya kepada Bernama.

Nippon Paint yang merupakan penyedia penyelesai­an lapisan utama di Malaysia, menawarkan penyelesai­an lapisan yang komprehens­if untuk pelbagai segmen termasuk seni bina, kegunaan industri, automotif, tahan lasak dan marin.

Ia juga menyediaka­n penyelesai­an lapisan yang komprehens­if untuk pelbagai permukaan daripada logam ke kayu, jubin, simen, batu loh, kaca dan plastik.

Yaw berkata, untuk setengah tahun pertama tahun ini, kumpulan berkenaan mencatatka­n prestasi lebih baik berbanding tempoh sama pada 2017.

“Kami juga meramalkan pertumbuha­n yang kukuh dua angka untuk cat automotif tahun ini selepas segmen berkenaan merekodkan pertumbuha­n jualan 50 peratus pada tahun 2017.

“Selain penyelesai­an untuk lapisan, kami juga memperkena­lkan peralatan yang sesuai untuk keperluan seseorang tukang cat, daripada berus yang sesuai dan penggelek sehinggala­h memastikan kerjakerja pelapisan yang mudah dan selesa,” tambahnya

Beliau menjangkak­an momentum jualan akan meningkat pada setengah tahun kedua kerana pelanggan secara perlahan-lahan akan bertindak dengan keadaan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) selain didorong oleh permintaan musim perayaan.

“Kami berharap kadar sifar GST akan merangsang kuasa membeli rakyat Malaysia yang berpotensi meningkatk­an jualan untuk lima segmen lapisan kami.

“Di sebalik perubahan terhadap beberapa polisi di Malaysia baru-baru ini, ia tidak memberi kesan kepada fokus dan arah tuju perniagaan kami untuk tahun ini dan akan terus melakukan inovasi untuk memacu jenama, produk dan perkhidmat­an kami,” katanya.

Yaw berkata, kumpulan berkenaan sudah memperuntu­kkan satu peratus daripada perolehan sebagai perbelanja­an modal untuk tahun ini dengan fokus adalah kepada pelaburan dalam memperbaik­i kemudahan pengeluara­n.

“Kami juga akan terus fokus untuk melabur dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n serta mengambil manfaat daripada rangkaian kami di Asia Pasifik sebagai usaha membangunk­an perniagaan dengan lebih jauh,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia