Utusan Borneo (Sarawak)

BRO: Kadar SST perlu lebih mampu, bawah 10 peratus

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) semalam mengulangi pandangan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang akan dilaksanak­an semula, perlu ditetapkan pada kadar lebih mampu iaitu di bawah 10 peratus.

Kenyataan Bendahari BRO, Mustakim Manaf itu sebagai menyokong pandangan disuarakan oleh Naib Presiden persatuan itu, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, sebelum ini.

“SST sewajarnya ditetapkan pada kadar yang bukannya 10 peratus tetapi satu angka yang perlu dibincangk­an serta dipersetuj­ui bersama oleh semua pihak berkaitan.

“Ini bukanlah mudah kerana membabitka­n satu keputusan di peringkat pembuat dasar. Oleh itu, pihak Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) mungkin perlu mendengar pandangan penggiat industri ini juga,” katanya kepada pemberita di luar mesyuarat CEP di sini, semalam.

Mustakim yang juga Pengarah GRV Toy Store Sdn Bhd iaitu pemegang francais Hamleys Toy Store di Malaysia dan Singapura, turut memaklumka­n CEP mengenai sokonganny­a terhadap pandangan Ameer Ali bahawa SST tidak harus melebihi 10 peratus.

“Ini merupakan penilaian dan angka yang saksama dan perlu turut mengambil kira pandangan pihak industri,” katanya.

Dalam pertemuan dengan CEP baru-baru ini, Ameer Ali berkata (pasar raya besar) Mydin telah membelanja­kan hampir RM20 juta bagi pemasangan sistem pembayaran patuh GST.

Beliau juga dilaporkan berkata akan bersedia untuk menerima pelaksanaa­n semula SST bagi menggantik­an GST dan berharap peralihan itu akan berjalan lancar.

Selain itu, Mustakim berkata persatuan itu juga berkongsi beberapa cabaran yang dihadapi oleh kalangan peruncit serta idea dan cadangan untuk perhatian pihak CEP.

“Kalangan ahli CEP juga amat bekerjasam­a dan agak teruja. Ini penting bagi membolehka­n mereka memahami cabaran sebenar yang kami hadapi dan selain maklum bahawa sentimen pengguna juga tidak kurang pentingnya,” katanya.

Malah, katanya, sentimen pengguna juga merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh para peruncit.

“Peruncit akan mendapat manfaat besar selagi pasaran memiliki faktor positif atau selesa. Ini memandangk­an pengguna sudah mulai pulih daripada impak pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) tiga tahun lepas selain masalah kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Mengulas prospek perniagaan, BRO juga yakin beberapa dasar yang dilaksanak­an kerajaan baharu turut menampakka­n impak positif.

“Kami mempunyai unjuran positif secara keseluruha­nnya untuk enam bulan akan datang dan ia jelas diterjemah­kan menerusi angka yang membuktika­n bahawa perbelanja­an pengguna kini lebih baik,” katanya.

Berikutan itu, kata Mustaqim, para peruncit sewajarnya mengambil kesempatan untuk mengukuhka­n kedudukan masing- masing pada masa ini.

Beliau berkata, sejak GST ditetapkan pada kadar sifar, persatuan itu turut melihat aliran jumlah pengguna yang lebih ramai di pusat belibelah.

“Beri tempoh tiga bulan hingga enam bulan lagi dan pasaran sepatutnya menyaksika­n hala tuju lebih tepat,” katanya.

Selain itu, mengulas Hamleys, Mustakim berkata syarikat itu turut mencatat peningkata­n dari segi angka walaupun mainan itu bukan barangan keperluan ketika pengguna lebih tertumpu kepada isu yang menjadi keutamaan mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia