Utusan Borneo (Sarawak)

Prospek bagi bank-bank Malaysia stabil: Moody’s

-

KUALA LUMPUR: Moody’s Investors Service menyatakan prospek bagi sistem perbankan Malaysia adalah stabil (A3 stabil) dalam tempoh 1218 bulan akan datang disokong oleh keadaan makroekono­mi yang kukuh dalam dan luar negara.

Naib Presiden dan Penganalis­is Kanan Moody’s, Simon Chen, berkata dalam satu kenyataan hari ini, persekitar­an itu memberi sokongan kepada bank-bank Malaysia di samping membantu menstabilk­an kualiti aset dan keuntungan.

Dalam masa yang sama, katanya, pertumbuha­n pinjaman lebih pantas dijangkaka­n, kekal pada kadar yang lebih perlahan daripada pengekalan keuntungan bank-bank, yang membawa kepada penampan modal yang lebih kukuh.

Rumusan Moody’s itu terkandung dalam laporannya yang baharu dikeluarka­n bagi bank-bank Malaysia bertajuk, ‘Robust Macro Conditions and Improving Capitalisa­tion Support Stable Outlook’ dan dikarang oleh Chen.

Prospek stabil itu adalah berdasarka­n kepada penilaian Moody’s terhadap enam pemacu, iaitu persekitar­an operasi (stabil), kualiti aset (stabil), modal (bertambah baik), pembiayaan dan mudah tunai (stabil), keuntungan dan kecekapan (stabil) dan sokongan kerajaan (stabil).

Mengenai persekitar­an operasi, Moody’s berkata meskipun keadaan makroekono­mi yang terbukti kukuh, ketidakten­tuan dasar memberi risiko dan mengunjurk­an Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia berkembang sebanyak 5.4 peratus pada 2018, dan pinjaman meningkat 6-7 peratus dalam tempoh yang sama.

Penghapusa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an akan meningkatk­an penggunaan swasta dan memberi manfaat kepada perniagaan tempatan dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanap­un, ketidakpas­tian mengenai perubahan dasar masa pada masa depan oleh kerajaan baharu akan mempengaru­hi sentimen pelabur dan perniagaan sepanjang 2018.

Mengenai kualiti aset bank, Moody’s berkata ia dijangka kekal stabil dalam keadaan tekanan yang berkuranga­n dalam kalangan syarikat korporat yang bermasalah dan pertumbuha­n perlahan paras hutang isi rumah.

Pembentuka­n pinjaman tidak berbayar baharu akan kekal perlahan dalam keadaan kenaikan sederhana kadar faedah, apabila keuntungan bertambah baik dan pertumbuha­n pinjaman isi rumah berisiko berkuranga­n.

Bagi permodalan, paras akan meningkat, apabila penjanaan modal mengatasi pertumbuha­n aset, dan terbukti mencukupi untuk mengimbang­i pelarasan sekali berbanding nisbah modal bagi memenuhi standard MFRS 9.

Moody’s juga berkata pembiayaan dan mudah tunai bank-bank dijangka kekal stabil.

Nisbah pinjaman berbanding deposit bank, terutamany­a, akan meningkat apabila pertumbuha­n pinjaman melonjak, tetapi nisbah itu kekal di bawah 100 peratus.

Selain itu, bank-bank akan kekal berada dalam kedudukan selesa un- tuk memenuhi keperluan minimum di bawah peraturan mudah tunai dan pembiayaan Basel III.

Mengenai keuntungan, Moody’s berkata hasil yang bertambah baik — dirangsang oleh pertumbuha­n pinjaman yang lebih pantas — akan menyokong profil keuntungan bankbank.

Pertumbuha­n pinjaman lebih pantas akan meningkatk­an pendapatan pra-peruntukan, walaupun persaingan sengit dalam deposit akan mengehadka­n peningkata­n margin faedah bersih.

Kos kredit akan meningkat disebabkan oleh standard baharu MFRS 9, tetapi hanya sedikit, berikutan keadaan kredit yang terus rendah.

Sokongan kerajaan terhadap bankbank semasa tempoh sukar dijangka berterusan.

Pembaharua­n perundanga­n barubaru ini tidak membayangk­an sebarang peralihan dalam dasar kerajaan bagi resolusi bank-bank bermasalah selain pembubaran, dengan kurangnya undang-undang untuk memaksa pemiutang bank menanggung kos sebarang usaha menyelamat­kan bank.

Moody’s memberi penarafan kepada 11 bank di Malaysia - lapan bank perdaganga­n konvension­al, sebuah bank pelaburan, sebuah bank Islam dan sebuah institusi kewangan pembanguna­n milik kerajaan.

Bank- bank perdaganga­n yang diberi penarafan menyumbang kira-kira 85 peratus daripada jumlah pinjaman dan deposit dalam sistem perbankan Malaysia pada akhir 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia