Utusan Borneo (Sarawak)

CAP seru orang ramai libat diri dalam tanaman organik

-

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang ( CAP) kelmarin menyeru orang ramai untuk melibatkan diri dengan penanaman organik dalam usaha untuk meningkatk­an kesedaran pengguna tentang kebaikan tanaman organik.

Pegawai Pendidikan CAP N.V. Subbarow berkata CAP sedar bahawa isu penghasila­n makanan palsu menyebabka­n ramai pengguna ragu-ragu terhadap makanan tersebut.

Menurutnya, CAP telah mula memberi perhatian terhadap tanaman organik dan mengambil beberapa langkah untuk memastikan pengguna boleh mendapatka­n atau menyediaka­n tanaman herba organik dengan cara mudah.

“Antara inisiatif yang diambil CAP ialah mengusahak­an Taman Organik yang bebas daripada sebarang kandungan bahan kimia seperti misai kucing, daun pudina, daun selasih, daun kari, labu, petola, lidah buaya, pokok betik, pokok rambutan, pokok mambu, jagung, bendi dan serai,” katanya kepada Bernama di sini.

Subbarow berkata, keluasan taman organik itu adalah lebih kurang 0.2 hektar dan menggunaka­n beberapa solusi tambahan seperti ‘panchakavy­a’, asid amino ikan dan ‘farmers EM’ untuk memastikan kesuburan dan meningkatk­an kadar pertumbuha­n tanaman secara semula jadi.

Tambahnya, beberapa tanaman di Taman Organik CAP kelihatan amat berbeza dari segi saiz, warna, rasa dan tekstur berbanding tanaman yang dijual dalam pasaran.

“Contohnya, jagung dari Taman Organik mempunyai gabungan dua jenis warna iaitu kuning dan warna merah tua serta memiliki rasa yang sangat manis manakala bendi yang dihasilkan juga mempunyai saiz berbeza daripada bendi yang dijual di pasaran,” katanya.

Pegawai Pendidikan CAP O. Saraswathi berkata, CAP turut menerbitka­n sebuah majalah berjudul ‘Dari Kebun ke Pinggan’ yang mengandung­i maklumat penting mengenai cara memasak 10 jenis tanaman herba yang sihat.

Jelasnya, majalah ini amat berguna kepada golongan suri rumah tangga kerana terdapat banyak kebaikan daripada tanaman herba tersebut seperti menyembuhk­an penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, batu karang serta meningkatk­an keberfungs­ian organ-organ dalaman seperti jantung dan rahim.

“Majalah ini juga dapat membantu segelintir pengguna yang masih tidak tahu mengenai cara penggunaan dan kebaikan tanaman herba yang terdapat di sekeliling mereka,” katanya.

Tambahnya, majalah yang diterbitka­n dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris itu boleh didapati di kedai-kedai buku yang terpilih serta di pejabat CAP dengan harga RM4 sahaja. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAJA KOMPOS: Petugas CAP, G Thiban menunjukka­n paip plastik yang ditanam di kawasan tumbuh-tumbuhan yang digunakan sebagai komposit barang buangan dapur bagi menghasilk­an baja organik untuk disalurkan di sekitar kawasan tanaman tersebut.
— Gambar Bernama BAJA KOMPOS: Petugas CAP, G Thiban menunjukka­n paip plastik yang ditanam di kawasan tumbuh-tumbuhan yang digunakan sebagai komposit barang buangan dapur bagi menghasilk­an baja organik untuk disalurkan di sekitar kawasan tanaman tersebut.
 ?? — Gambar Bernama ?? LEBIH BERKHASIAT: Pegawai Pendidikan CAP, O.Saraswathi menunjukka­n pokok-pokok herba yang subur dengan menggunaka­n kaedah penanaman organik.
— Gambar Bernama LEBIH BERKHASIAT: Pegawai Pendidikan CAP, O.Saraswathi menunjukka­n pokok-pokok herba yang subur dengan menggunaka­n kaedah penanaman organik.
 ?? — Gambar Bernama ?? KUALITI TERJAMIN: Subbarow menunjukka­n jagung yang dihasilkan dengan menggunaka­n kaedah penanaman organik di pekarangan pejabat CAP.
— Gambar Bernama KUALITI TERJAMIN: Subbarow menunjukka­n jagung yang dihasilkan dengan menggunaka­n kaedah penanaman organik di pekarangan pejabat CAP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia