Utusan Borneo (Sarawak)

Tanaman cili kulai beri pendapatan lumayan kepada bekas guru

-

BERBUDI kepada tanah, maka akan dapat hasilnya. Itu yang dapat digambarka­n hasil kegigihan seorang bekas pengetua sebuah sekolah menengah mengusahak­an tanaman cili kulai di Kampung Sungai Petai di Pasir Puteh, Kelantan.

Mohamed Mat Adam, 71, berkata, beliau yang mengusahak­an tanaman tersebut menggunaka­n kaedah fertigasi di tanah seluas 0.3 hektar, mampu menghasilk­an kira-kira 11 metrik tan pada tahun lepas dengan jualan kasar mencecah sehingga RM50,000.

“Saya memulakan aktiviti pertanian ini selepas bersara daripada perkhidmat­an pada 2009 hasil dorongan dan bimbingan pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang.

“Saya tanam pokok cili ini menggunaka­n kaedah fertigasi iaitu menanamnya di dalam polibeg yang mampu mengurangk­an ancaman musuh tanaman terutama dari bawah tanah dan mempunyai daya tahan yang tinggi jika berlaku keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Mohamed berkata melalui kaedah fertigasi juga, tahap kesuburan pokok adalah hampir sekata dan beliau mampu menanam sehingga 2,500 pokok cili di ladangnya itu.

Menurut Mohamed, projek tanaman cili itu selain memberi pendapatan tambahan kepada keluargany­a, turut memberi manfaat kepada sebilangan penduduk kampung yang bekerja sebagai pengutip cili di ladangnya itu.

“Sejak Januari hingga awal bulan ini, saya telah melakukan hampir 40 kali jualan cili kulai kepada PPK Bukit Awang,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Norizan Md Noor, 42, berkata beliau mampu meraih pendapatan sekitar RM30 hingga RM40 setiap kali dipanggil oleh Mohamed untuk mengutip cili yang telah masak.

“Tempoh pekerjaan juga singkat iaitu antara empat hingga lima jam sahaja sehari dan pendapatan yang diterima boleh meringanka­n beban suami, Saari Awang Long, 43, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap selain saya turut mempunyai seorang anak kurang upaya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BEBAS RACUN: Pegawai Pendidikan CAP, N. V. Subbarow menunjukka­n hasil tanaman bendi menggunaka­n kaedah penanaman organik di pekarangan pejabat CAP.
— Gambar Bernama BEBAS RACUN: Pegawai Pendidikan CAP, N. V. Subbarow menunjukka­n hasil tanaman bendi menggunaka­n kaedah penanaman organik di pekarangan pejabat CAP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia