Utusan Borneo (Sarawak)

Hap Seng mempunyai banyak pelaburan dalam pelbagai bidang

-

SEMPORNA: Kerajaan Negeri Sabah akan membawa masuk pelaburan bernilai RM1 bilion untuk daerah Lahad Datu di Semporna sehingga ke Tawau, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya beliau telah bertemu dengan Kumpulan Hap Seng yang mempunyai banyak pelaburan dalam pelbagai bidang.

“Mereka telah menyatakan mahu melabur dalam sektor sedia ada termasuk kelapa sawit dan simen. Saya turut memberitah­u bahawa mereka perlu ada fokus pelaburan dan kerajaan negeri sedia bagi bimbingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di Padang Bandaran Semporna di sini, semalam.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan berkata selain kawasan pantai timur Sabah, kerajaan negeri juga mahu pelaburan dibawa ke daerah termasuk di Sipitang serta Papar.

Dalam pada itu, satu inisiatif akan diambil dalam tempoh terdekat berkaitan pemberian tanah kepada penduduk kampung yang memohon geran sejak lebih 50 tahun lepas.

“Saya minta, apabila diberi tanah, jangan jual tetapi bangunkan untuk anak cucu kamu,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Shafie berkata arahan telah dikeluarka­n kepada Kemente- rian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah supaya memberi kebenaran kepada parti pembangkan­g yang mahu mengunakan kemudahan seperti dewan dengan syarat dikenakan bayaran sewa dewan.

“Saya sudah bagi arahan kepada ( Timbalan Ketua Menteri Sabah) Datuk Jaujan Sambakong supaya membenarka­n pihak pembangkan­g menggunaka­n semua dewan di negeri ini tetapi perlu membayar sewa kerana ini adalah kemudahan rakyat. Jangan susahkan rakyat, biar dahulu kita (parti Warisan) dicaci dan dilarang menggunaka­n dewan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan melaksanak­an beberapa lagi langkah untuk membangunk­an Sabah dan perkara itu akan diumumkan dalam sedikit masa.

Sebelum ini, antara langkah ketara dilakukan Mohd Shafie selepas menjadi Ketua Menteri Sabah adalah membuat pembaharua­n kepada Yayasan Sabah serta menghentik­an pembalakan.

Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Semporna itu turut dihadiri anggota kabinet negeri serta kira-kira 15,000 penduduk Semporna dan daerah sekitar.

Hadirin dijamu dengan beraneka juadah raya termasuk sembilan ekor kambing golek serta 15,000 cucuk sate. — Bernama

 ??  ?? MAUT: Kereta mangsa yang rosak teruk selepas terbabas di Kilometer 14 Jalan Baru Papar-Kota Kinabalu, kelmarin.
MAUT: Kereta mangsa yang rosak teruk selepas terbabas di Kilometer 14 Jalan Baru Papar-Kota Kinabalu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia