Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah guru di SK Basai Baru musnah terbakar

-

BELURAN: Dua blok tiga unit bangunan rumah guru jenis kayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Basai Baru musnah dalam satu kebakaran, petang Ahad.

Penolong Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beluran Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Rosemidian Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.32 petang melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah.

Pihaknya menghantar sebuah jentera bersama enam anggota diketuai Pegawai Bomba (PB) James Marik yang tiba di lokasi pada jam 5.25 petang, ekoran perjalanan melibatkan jarak sejauh 106 kilometer.

“Sebaik anggota bomba tiba, keseluruha­n bangunan rumah guru yang diperbuat daripada kayu telah musnah sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bangunan rumah guru satu blok dua unit yang berbakar adalah berukuran 12.2 meter (m) x 15.2m (40’ x 50’), manakala yang satu unit lagi berukuran 6.1m x 9.1m (20’ x 30’).

Rosemidian berkata, ketika kejadian, dua unit rumah guru terbabit tidak berpenghun­i kerana difahamkan pulang sempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri, manakala yang seunit lagi dihuni seorang guru bersama isteri dan empat orang anaknya.

Katanya, anggota bomba melakukan kerja pemadaman bara-bara api di bangunan yang terbakar, selain memastikan kebakaran dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Guru Besar SK Basai Baru Tsau Maidin yang tinggal di rumah unit hujung (1B) yang terbakar berkata, beliau berada di pekan Beluran semasa kebakaran itu dan terus bergegas ke sekolah selepas dimaklumka­n mengenainy­a.

“Saya sudah memaklumka­n (melaporkan) kejadian kebakaran ini kepada Pegawai Pendidikan Derah ( PPD) Beluran dan juga Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS) di Pondok Polis Tagas-tagas, Beluran,” katanya.

Beliau menjelaska­n, bangunan satu blok dua unit rumah guru jenis kayu yang didudukiny­a bersama seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) prasekolah dan dua anaknya yang tinggal di unit 1A itu, dibina pada tahun 1986 melalui ‘projek kilat’.

Katanya, dua blok rumah guru yang musnah terbakar juga terletak berhadapan sebuah rumah guru dua unit jenis konkrit yang dibina pada 2009 dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

“Saya amat sedih dengan kejadian ini, termasukla­h saya ‘kehilangan data’ selama 22 tahun perkhidmat­an yang disimpan dalam ‘ external drive’ yang turut musnah dalam kebakaran itu, selain barangan lain seperti peti sejuk, mesin basuh, pakaian dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Menurutnya, buat sementara waktu, seorang guru yang tinggal di sebuah lagi rumah guru yang musnah dalam kebakaran itu akan ditem- patkan sementara di bangunan prasekolah sehingga mendapat rumah untuk disewa di sekitar kawasan berkenaan yang terletak di Jalan Sapi NangohPait­an.

Guru berkenaan juga tidak berada di rumah semasa kejadian, tetapi isteri dan empat orang anaknya berada di rumah ketika kebakaran itu berlaku.

Tsau berkata, sebuah kereta dan sebuah motosikal milik guru berkenaan, berjaya diselamatk­an beberapa guru lain dengan bantuan penduduk kampung, manakala barangan lain dalam rumah gagal diselamatk­an kerana api marak dengan pantas.

Seorang saksi kejadian Nildih berkata, beliau bergegas memeriksa keadaan solar hibrid di sekolah selepas bekalan elektrik tiba- tiba terputus, kemudian beliau dimaklumka­n oleh pengawal keselamata­n sekolah bahawa rumah guru terbakar.

“Kepulan asap kelihatan bermula dari rumah tengah (1A) dan kemudian merebak dengan begitu pantas sehingga turut memusnahka­n sebuah lagi rumah guru yang terletak bersebelah­an,” katanya yang juga penolong kanan pentadbira­n di sekolah itu.

Katanya, mereka turut mendengar bunyi letupan kuat dipercayai tong gas di rumah itu ketika kebakaran itu mula merebak.

Untuk rekod, satu blok dua unit rumah guru di SK Binsulung Sugut musnah dalam satu kebakaran yang turut memusnah sebuah kereta pacuan empat roda milik seorang guru perempuan dalam kejadian yang berlaku pada 3 Ogos 2008.

 ??  ?? MUSNAH: Rumah guru yang terbakar terletak berhadapan bangunan sebuah rumah guru dua unit jenis konkrit (kanan).
MUSNAH: Rumah guru yang terbakar terletak berhadapan bangunan sebuah rumah guru dua unit jenis konkrit (kanan).
 ??  ?? KENANGAN AIDILFITRI: Aidi (duduk, dua kiri) dan Faridah merakamkan gambar bersama seisi keluarga.
KENANGAN AIDILFITRI: Aidi (duduk, dua kiri) dan Faridah merakamkan gambar bersama seisi keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia