Utusan Borneo (Sarawak)

Warisan fail petisyen cabar keputusan pilihan raya

-

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah ( Warisan) memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah Tinggi di sini semalam bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di empat kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Setiausaha Agung Warisan Loretto S. Padua berkata empat kerusi Parlimen itu melibatkan kawasan Kimanis yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Anifah Aman, Sipitang (Yamani Hafez Musa-BN), Libaran (Datuk Zakaria Edris-BN) dan kerusi Parlimen Keningau yang dimenangi oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

“Bagi empat kerusi DUN pula melibatkan kawasan Sungai Sibuga yang dimenangi Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman, Kundasang (Dr Joachim Gunsalam-Parti Bersatu Sabah (PBS), Sook (Datuk Ellron Angin daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah) dan DUN Kiulu yang dimenangi Datuk Joniston Bangkuai daripada PBS,” katanya kepada pemberita selepas selesai memfailkan petisyen pilihan raya itu di sini semalam.

Beliau berkata petisyen pilihan raya itu dibuat kerana ada bukti berlakunya unsur penipuan pada PRU14 di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan.

“Berdasarka­n bukti yang ada, kami percaya ada unsur penipuan yang dilakukan di kawasan berkenaan termasuk kewujudan kotak undi pos, politik wang dan melambatla­mbatkan proses menandatan­gani borang 14,” katanya.

Loretto berkata lapan petisyen yang dibuat secara serentak semalam, masingmasi­ng diwakili pasukan peguam dan setiap pasukan mempunyai dua atau tiga peguam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia