Utusan Borneo (Sarawak)

JUALAN UNTUK THM DISAMBUT BAIK DI SIBU

-

JUALAN amal anjuran Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sibu dan Sungai Merah untuk Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi membantu kerajaan mengatasi masalah hutang negara disambut baik masyarakat di Sibu.

Orang ramai hadir memeriahka­n program yang diadakan di depan pejabat DAP Sibu di Pusat Komersial Rejang Park dekat Sibu, seawal jam 7 pagi untuk memberi sumbangan bagi meringanka­n beban ditanggung kerajaan.

Pengerusi pengelola Amy Lau berkata, mereka yakin sasaran kutipan RM50,000 dapat dicapai kerana hasil jualan kupon telah mencecah RM45,000 untuk mengumpul sumbangan bagi THM.

“Jumlah itu melebihi sasaran awal RM30,000.

“Kami berterima kasih kepada sokongan orang ramai dan penaja yang tampil memberi sumbangan untuk dijual pada jualan amal hari ini,” jelasnya kepada pemberita kelmarin.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling turut berterima kasih kepada masyarakat di Sibu yang memiliki rasa tanggungja­wab dan menyayangi negara dengan tampil memberi sumbangan semampunya.

“Sambutan jualan amal hari ini di luar jangkaan kita kerana ramai yang hadir bukan hanya membeli kupon untuk membeli barangan jualan, mereka datang memberi sumbangan wang tunai demi semangat cintakan negara.

“Sumbangan anda sedikit sebanyak membantu usaha kerajaan. Saya juga berterima kasih kepada ahli-ahli parti yang hadir seawal jam 3.30 pagi untuk melakukan persiapan untuk menjayakan penganjura­n program jualan amal,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri

 ??  ??
 ??  ?? BERBAKAT: Oscar menyanyika­n lagu untuk program jualan amal Tabung Harapan Malaysia. MERIAH: Orang ramai hadir memeriahka­n program jualan amal kutipan Tabung Harapan Malaysia di pusat komersial Rejang Park semalam.
BERBAKAT: Oscar menyanyika­n lagu untuk program jualan amal Tabung Harapan Malaysia. MERIAH: Orang ramai hadir memeriahka­n program jualan amal kutipan Tabung Harapan Malaysia di pusat komersial Rejang Park semalam.
 ??  ?? RASMI: Oscar (tiga kanan), Alice (lima kanan), David (tiga kiri), Irene (kanan) dan Amy (empat kanan) serta yang lain memotong reben perasmian program jualan amal Tabung Harapan Malaysia.
RASMI: Oscar (tiga kanan), Alice (lima kanan), David (tiga kiri), Irene (kanan) dan Amy (empat kanan) serta yang lain memotong reben perasmian program jualan amal Tabung Harapan Malaysia.
 ??  ?? (ADUN) Pelawan David Wong berharap lebih ramai syarikat di Sarawak akan tampil menghulurk­an sumbangan mereka untuk Tabung Harapan Malaysia demi masa depan generasi akan datang.
Penganjura­n program jualan amal merupakan inisiatif masyarakat dan dilancarka­n pada 31 Mei lepas bagi membantu kerajaan melunaskan hutang dan liabiliti persekutua­n.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lanang Alice Lau dan ADUN Bukit Assek Irene Chang.
(ADUN) Pelawan David Wong berharap lebih ramai syarikat di Sarawak akan tampil menghulurk­an sumbangan mereka untuk Tabung Harapan Malaysia demi masa depan generasi akan datang. Penganjura­n program jualan amal merupakan inisiatif masyarakat dan dilancarka­n pada 31 Mei lepas bagi membantu kerajaan melunaskan hutang dan liabiliti persekutua­n. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lanang Alice Lau dan ADUN Bukit Assek Irene Chang.
 ??  ??
 ??  ?? EDISI TERHAD: Irene (dua kanan) menurunkan tandatanga­nnya di patung burung kenyalang Ubah sambil diperhatik­an oleh Alice (dua kiri) dan Oscar (kanan).
EDISI TERHAD: Irene (dua kanan) menurunkan tandatanga­nnya di patung burung kenyalang Ubah sambil diperhatik­an oleh Alice (dua kiri) dan Oscar (kanan).
 ??  ?? SEDAP: Menu ayam panggang yang turut dijual pada jualan amal. PALING LARIS: Gerai panggang yang sentiasa mendapat sambutan orang ramai pada jualan amal Tabung Harapan Malaysia.
SEDAP: Menu ayam panggang yang turut dijual pada jualan amal. PALING LARIS: Gerai panggang yang sentiasa mendapat sambutan orang ramai pada jualan amal Tabung Harapan Malaysia.
 ??  ?? SUMBANGAN: Orang ramai turut hadir memberi sumbangan wang tunai untuk Tabung Harapan Malaysia.
SUMBANGAN: Orang ramai turut hadir memberi sumbangan wang tunai untuk Tabung Harapan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia