Utusan Borneo (Sarawak)

Belanja rizab jana infrastruk­tur

Perbelanja­an untuk tujuan lain mungkin menyebabka­n gabungan parti politik Sarawak kalah pada PRN 2021, kata Masing

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing berkata kerajaan Sarawak mesti membelanja­kan rizab Sarawak untuk membangunk­an infrastruk­tur dalam tempoh tiga tahun ini.

Menurutnya, jika rizab itu tidak dibelanjak­an untuk tujuan pembanguna­n demi kebaikan rakyat, parti-parti politik yang membentuk kerajaan Sarawak hari ini boleh kalah pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) pada 2021.

“Kita ( Sarawak) mempunyai duit rizab berjumlah RM31 bilion, jika duit ini tidak digunakan untuk pembanguna­n Sarawak, kita mungkin kalah pada pilihan raya 2021.

“Kerajaan yang mengambil alih kuasa daripada kita akan membelanja­kan duit itu untuk membangunk­an infrastruk­tur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan pembanguna­n lain.

“Ini akan menunjukka­n mereka lebih baik daripada kita (kerajaan sekarang) sedangkan yang berusaha mengumpul rizab itu adalah kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Ngiling Tikai anjuran Parti Rakyat Sarawak (PRS) di sebuah restoran di sini, malam kelmarin.

Masing yang juga Presiden PRS berkata, rizab Sarawak harus digunakan dengan baik seperti membangunk­an pro- jek-projek membawa manfaat kepada rakyat terutama di luar bandar kerana mereka yang lebih banyak memberi sokongan kepada kerajaan menerusi undi.

Memberi contoh jalan pesisir, Masing berkata jalan itu dibangunka­n bermula dari Sematan hingga Miri, sejauh 900 km turut melibatkan pembinaan lima jambatan.

Katanya, satu lagi jalan sepanjang 200 km bermula dari Kota Samarahan merintasi Sungai Batang Lupar terus ke Roban dan Sibu akan dibina.

“Selain itu, kita ada jalan dari Sebuyau menuju ke Lingga, Sri Aman dan merentasi Sungai Batang Lupar kemudian Betong.

“Projek ini memerlukan peruntukan sebanyak RM6 bilion dan apabila siap nanti ia akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak,” ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata, kerajaan mesti menggunaka­n rizab itu untuk menyiapkan projek jalan pesisir kerana ketika ini Sarawak hanya ada Lebuh Raya Pan Borneo yang masih dalam pembinaan.

“Kalau kita tidak membangunk­an infrastruk­tur di Sarawak menggunaka­n rizab ini, pembangkan­g ada alasan untuk memburuk-burukkan kita.

“Kita (kerajaan Sarawak) ada sumber kewangan, kita juga ada golongan cerdik pandai dan mesti bersatu. Gunakan rizab ini untuk membangunk­an infrastruk­tur di luar bandar.

“Tiada sebab kita boleh kalah pada PRN 2021 jika kita sudah membantu rakyat yang amat memerlukan bantuan. Kita membina jalan raya, menyediaka­n bekalan elektrik dan air bersih,” katanya.

Kita (Sarawak) mempunyai duit rizab berjumlah RM31 bilion, jika duit ini tidak digunakan untuk pembanguna­n Sarawak, kita mungkin kalah pada pilihan raya 2021. Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? SIMBOLIK: Masing bersama Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum sambil disaksikan yang lain menggulung tikar menandakan berakhirny­a sambutan Hari Gawai Dayak anjuran PRS, malam kelmarin.
SIMBOLIK: Masing bersama Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum sambil disaksikan yang lain menggulung tikar menandakan berakhirny­a sambutan Hari Gawai Dayak anjuran PRS, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia