Utusan Borneo (Sarawak)

PERTEMUAN BERMANFAAT

Jack Ma terkejut dengan pengetahua­n Dr Mahathir tentang teknologi.

-

PUTRAJAYA: Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma, yang mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, terkejut dengan pengetahua­n Perdana Menteri tentang teknologi.

“Saya terperanja­t dengan pengetahua­n beliau tentang teknologi,” kata Ma kepada Bernama selepas pertemuan itu yang berlangsun­g di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Menurut beliau, pada pertemuan selama sejam bermula pada kira-kira jam 9 pagi itu, mereka berkongsi banyak idea dan berbincang tentang cara untuk membebaska­n lebih banyak rakyat Malaysia daripada belenggu kemiskinan serta memberi bantuan kepada lebih banyak golongan muda dan perniagaan kecil.

“Pertemuan ini sungguh bermanfaat,” kata Ma, yang berada di ibu negara untuk merasmikan sebuah pejabat Alibaba di Bangsar South, Kuala Lumpur, lewat semalam.

Ma berkunjung ke Kuala Lumpur tahun lepas untuk melancarka­n Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) pertama dunia yang ditubuhkan bagi merangsang pertumbuha­n e-dagang melalui penyediaan platform serba canggih bagi syarikat dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk menjalanka­n perniagaan dan perkhidmat­an masing-masing.

Ma dilaporkan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada majlis jamuan tidak rasmi malam kelmarin.

Laporan media menyebut bahawa Ma sebenarnya berhasrat mengadakan per- temuan dengan Dr Mahathir awal bulan ini, tetapi terpaksa ditangguhk­an kerana Dr Mahathir mahu memberi fokus terhadap urusan menyusun kerajaan Pakatan Harapan ( PH) yang baharu ditubuhkan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN), yang mentadbir negara sebelum ini, melantik Ma sebagai penasihat ekonomi digital kerajaan.

Pertemuan Ma dan Dr Mahathir diadakan ketika kerajaan PH berikrar untuk mengkaji semula beberapa projek yang diperkenal­kan kerajaan BN sebelum ini dengan sokongan Beijing kerana kerajaan baharu lebih berminat mengadakan kerjasama ekonomi dengan Jepun.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri dilaporkan berkata projek DFTZ akan diteruskan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia