Utusan Borneo (Sarawak)

Hollywood perkasakan wanita dalam filem dibikin semula

- Oleh Frankie Taggart

DARIPADA pembikinan semula filem ‘Ghostbuste­rs’ yang memecah-belah peminat hingga kepada kontrovers­i berhubung versi wanita bagi James Bond dan Doctor Who, kecenderun­gan Hollywood membikin semula filem yang ditukar jantina watak adalah antara yang paling lama bertahan dan menimbulka­n bantahan.

Trend itu – dilihat sebagai memperkasa­kan atau menjengkel­kan, bergantung kepada orang yang anda tanya – mendapat perhatian baharu dengan ‘Ocean’s 8’ yang ditayangka­n di Malaysia mula 14 Jun ini, ‘Overboard’ masih di pawagam dan ‘What Men Want’ yang akan keluar pada Januari.

‘Overboard’ baharu menukarkan Goldie Hawn dari komedi 1987 itu dengan Eugenio Derbez dan Kurt Russell dengan Anna Faris, dan sudah mengaut pendapatan yang sihat sebanyak AS$70 juta di seluruh dunia dengan bajet yang dianggarka­n sebanyak AS$12 juta.

Namun ia tidak disukai majoriti besar pengkritik, menurut pengumpul reviu dalam talian, Rotten Tomatoes, yang menepisnya sebagai “pembikinan semula yang gagal untuk melepasi ukuran agak rendah yang ditetapkan oleh filem asal”.

Tidak ada perkara yang baharu di Hollywood, dan pertukaran jantina watak sudah popular sejak Howard Hawks memilih Rosalind Russell untuk ‘His Girl Friday’ (1940) dalam watak yang dilakonkan oleh seorang lelaki dalam filem sumber, ‘The Front Page’ (1931).

Beberapa filem pembikinan semula yang diterajui wanita menyusul selepas itu – daripada ‘The Incredible Shrinking Woman’ (1981) dan ‘The Next Karate Kid’ (1994) hingga kepada ‘American Psycho II: All American Girl’ (2002) tetapi umumnya dilihat sebagai tiruan yang tidak setanding.

‘Ghostbuste­rs’ (2016) mungkin akan dikaji dalam kelas sejarah filem pada masa depan kerana reaksi aneh yang diterimany­a daripada ramai ‘ghostbros’ yang menjanjika­n kesetiaan sepanjang hayat kepada filem asal pada 1984.

Kebanyakan kritikan itu didasari sikap membenci wanita yang jelas – dengan penonton filem lelaki jenis tertentu yang tersinggun­g baik dengan andaian tentang pembikinan filem semula mahupun dengan idea bahawa wanita cuba berlawak.

Dua bulan sebelum ia dikeluarka­n, trelernya telah menjadi video YouTube kesembilan paling tidak disukai dalam sejarah, dengan lebih sejuta pengguna yang mengundi untuk menolaknya sehingga ia dilupai.

Pelbagai media hiburan menganggar­kan kerugian seterusnya bagi Sony dan rakan-rakan kongsinya sekitar AS$5575 juta, walaupun filem itu mendapat reviu yang umumnya positif.

Hakikat bahawa filemfilem ini asyik muncul walaupun selalu berlaku salah langkah adalah satu tanda kemajuan dan satu “keajaiban kecil”, menurut Kelly Konda, dari blog hiburan ‘We Minored in Film’.

“Ini dahulu satu pengalaman sekali dan itu sahaja ... Bagaimanap­un, dengan ‘Ghostbuste­rs’, Hollywood menerima tamparan yang hebat bagi sebuah projek yang diketuai wanita, dan tidak menunjukka­n reaksi yang melampau kepada kegagalann­ya,” dia menulis.

Jalan cerita bagi ‘What Women Want’ (2000) – Mel Gibson sebagai seorang eksekutif pemasaran yang tiba-tiba dapat mendengar fikiran wanita – meminjam diri dengan lebih ketara lagi berbanding kebanyakan filem lain kepada pembikinan semula filem yang menukar jantina watak.

Taraji P. Henson, yang diberi penghormat­an itu dalam ‘What Men Want’ (2019), memberitah­u AFP di perhimpuna­n industri CinemaCon baru-baru ini di Las Vegas bahawa wataknya adalah satu kenyataan yang memperkasa­kan kaum wanita, tetapi juga satu pengalaman belajar.

“Tetapi kemudian saya membaca skrip dan saya fikir, ‘Wah, lelaki benarbenar tidak selesa tentang rupa mereka, sama seperti wanita!’ Saya berpendapa­t ia pasti bagus sekali untuk kaum wanita melihatnya,” kata bintang ‘Empire’ dan ‘Hidden Figures’ itu.

Segelintir pemerhati Hollywood berpendapa­t, sementara penukaran jantina watak mungkin kelihatan progresif, dalam realiti ia menyekat mereka yang benar-benar berjuang untuk kesamarata­an gaji, gangguan dan bentuk seksisme lain.

“Walaupun saya boleh rasa teruja bagi filem seperti ‘Ocean’s 8’ ... pada akhirnya ia masih seakan-akan menandakan bahawa filem wanita masih memerlukan sejenis tarikan lelaki untuk membolehka­nnya dibuat,” kata Hazel Cills dari laman sesawang budaya pop yang fokus kepada wanita, Jezebel.

“Filem yang menukar jantina watak membayangk­an bahawa wanita tidak cukup penting untuk mendapatka­n cerita asal mereka sendiri, dan oleh yang demikian mesti menumpang francais yang diterajui lelaki yang sudah terbukti berjaya.”

Ia merupakan isu yang timbul apabila Sandra Bullock, Cate Blanchett dan pelakon lain dalam barisan pelakon ‘Ocean’s 8’ mengadakan satu sidang akhbar di Muzium Seni Metropolit­an, New York, pada awal bulan ini.

Bullock mengakui pada mulanya dia “sejujurnya tidak fikir ia akan berjaya, atau akan dibuat” manakala Blanchett bersetuju bahawa, beberapa tahun yang lalu, projek sedemikian pasti akan ditolak.

Gary Ross (‘Seabiscuit’, ‘The Hunger Games’) mengarah filem tersebut manakala Steven Soderbergh, yang membuat versi lelaki yang dibintangi George Clooney, Brad Pitt dan Matt Damon, bertindak sebagai penerbit.

“Perkara yang kekal dengan saya tentang ‘Hunger Games’ adalah impaknya ke atas gadisgadis yang melihat seorang protagonis seperti itu, yang mereka dapat fahami,” kata Ross.

“Saya bersama seorang rakan pada suatu malam dan kami bercakap mengenai perkara ini, dan saya menyedari bahawa barisan seperti ini tidak pernah wujud sebelum ini. Versi lelaki bagi ini adalah banyak. Barisan wanita hebat seperti ini tidak ada pada masa lalu.”

 ??  ??
 ??  ?? VERSI BAHARU: ‘Ocean’s 8’ menampilka­n Sandra Bullock, Cate Blanchett, Anne Hathaway, Mindy Kaling, Sarah Paulson, Awkwafina, Rihanna, Helena Bonham Carter yang mengisahka­n tentang kakak Danny Ocean, Debbie, cuba merancang untuk melakukan rompakan pada acara tahunan Met Gala di Bandar New York.
VERSI BAHARU: ‘Ocean’s 8’ menampilka­n Sandra Bullock, Cate Blanchett, Anne Hathaway, Mindy Kaling, Sarah Paulson, Awkwafina, Rihanna, Helena Bonham Carter yang mengisahka­n tentang kakak Danny Ocean, Debbie, cuba merancang untuk melakukan rompakan pada acara tahunan Met Gala di Bandar New York.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TARAJI P. HENSON
TARAJI P. HENSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia