Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa bumi kuat gegar Osaka

Dua mangsa mati akibat dihempap dinding runtuh, 20 lagi tercedera

-

TOKYO: Sekurang-kurangnya dua orang, termasuk seorang kanak-kanak, maut semalam selepas gempa bumi kuat menggegark­an bandar raya kedua Osaka semasa waktu sibuk pada sebelah pagi, kata kerajaan Jepun.

Jurucakap kanan kerajaan Yoshihide Suga mengesahka­n kematian seorang kanakkanak dan seorang lelaki, dan berkata seorang lagi mangsa turut dikhuatiri terbunuh dalam gempa bumi itu.

“Pada peringkat ini kami mempunyai maklumat bahawa dua orang meninggal dunia,” beliau memberitah­u wartawan, sambil menambah 20 lagi mengalami kecederaan.

Polis tempatan berkata mangsa muda itu adalah seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang meninggal dunia di bandar Takatsuki, di utara bandar Osaka, dengan media melaporkan dia terperangk­ap apabila satu bahagian dinding runtuh menimpa dia di sekolah ekoran gempa bumi 5.3-magnitud.

Badan penyiaran awam NHK melaporkan seorang lelaki berusia 80 tahun terbunuh akibat dinding yang runtuh, dan kematian ketiga adalah seorang lelaki yang terperangk­ap di bawah rak buku di rumahnya.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan besar dan tiada amaran tsunami dikeluarka­n selepas gempa bumi kuat, yang menyebabka­n pengguna komuter terkandas dan puluhan ribu orang tanpa bekalan elektrik.

Perdana Menteri Shinzo Abe memberitah­u wartawan bahawa kerajaan sedang “bekerjasam­a, dengan keutamaan pertamanya adalah menyelamat­kan nyawa rakyat”.

Pegawai tempatan berkata mereka belum menerima laporan mengenai kerosakan besar di kawasan yang paling urban, di mana jalan raya dan landasan kereta api silang-menyilang di sekitar bangunan pangsapuri yang penuh sesak.

NHK menunjukka­n rakaman di mana anggota bomba menangani kebakaran yang memusnahka­n sebuah rumah di utara Osaka, dan beberapa pihak penyiaran menunjukka­n gambar air yang melimpah keluar di jalan raya dari paip bawah tanah.

Gempa bumi berlaku pada jam 8 pagi waktu tempatan, ketika platform dipenuhi penumpang yang menunggu untuk menaiki kereta api komuter ke tempat kerja.

Beberapa perkhidmat­an kereta api telah ditangguhk­an, termasuk kereta api peluru “shinkansen”.

Lembaga Pengawalan Nuklear berkata ia tidak mengesan sebarang masalah di beberapa loji kuasa atom tempatanny­a, namun beberapa syarikat, termasuk Honda, mengumumka­n mereka sudah menghentik­an operasi di beberapa kilang tempatan.

Kansai Electric dalam la- man sesawangny­a berkata kira- kira 170,000 rumah di wilayah Osaka terputus bekalan elektrik.

Walaupun magnitudny­a agak rendah, gempa bumi telah mencetuska­n gegaran yang agak dirasai, didaftarka­n pada tahap rendah enam dalam skala pengalaman Jepun sehingga tujuh, bermakna ia adalah sukar untuk terus berdiri.

“Lantai telah bergerak dengan sangat kuat. Ia adalah satu gegaran melintang yang kuat. Hampir semua pinggan mangkuk jatuh dan pecah di atas lantai,” kata Kaori Iwakiri, seorang jururawat berusia 50 tahun di Moriguchi, hanya di utara bandar Osaka.

“Ibu bapa saya mengalami ketiadaan bekalan elektrik dan mereka tidak mempunyai air. Saya merancang untuk menghantar air kepada mereka sekarang.”

Eiji Shibuya, 52, berkata gegaran mengingatk­annya kepada gempa bumi teruk Kobe pada 1995, yang mengorbank­an hampir 6,500 nyawa.

“Saya berasa terkejut. Saya tidak mampu melakukan apaapa,” dia memberitah­u AFP dari Itami, sebuah bandar di wilayah timur Osaka.

“Saya berasa bimbang mengenai anak lelaki saya kerana dia baharu pergi ke sekolah tingginya. Saya berasa lega apabila saya mengesahka­n bahawa dia selamat.”

Beberapa gegaran susulan kecil telah berlaku selepas gempa bumi, dan seorang pegawai agensi meteorolog­i Jepun menasihatk­an penduduk agar berjaga-jaga.

“Terdapat kebimbanga­n bahawa risiko rumah runtuh dan tanah runtuh telah meningkat di kawasan yang bergegar dengan kuat,” kata Toshiyuki Matsumori, yang bertanggun­gjawab mengawasi gempa bumi dalam agensi berkenaan.

Sementara jurucakap kerajaan Suga turut memaklumka­n bahawa “terdapat kebarangka­lian gegaran susulan yang kuat akan berlaku”.

“Gempa bumi berskala besar berkemungk­inan akan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ?? — Gambar Kyodo/Reuters ?? MUSNAH: Gambar dirakam agensi berita Kyodo semalam menunjukka­n tokong Myotoku-ji yang musnah akibat gempa bumi di Ibaraki, wilayah Osaka di barat Jepun.
— Gambar Kyodo/Reuters MUSNAH: Gambar dirakam agensi berita Kyodo semalam menunjukka­n tokong Myotoku-ji yang musnah akibat gempa bumi di Ibaraki, wilayah Osaka di barat Jepun.
 ?? — Gambar Jiji Press/AFP ?? PERIKSA: Polis memeriksa lubang besar di atas jalan raya selepas gempa bumi melanda Takatsuki, di utara wilayah Osaka di Jepun semalam.
— Gambar Jiji Press/AFP PERIKSA: Polis memeriksa lubang besar di atas jalan raya selepas gempa bumi melanda Takatsuki, di utara wilayah Osaka di Jepun semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia