Utusan Borneo (Sarawak)

CADANGAN DIAMBIL KIRA

KM maklum cadangan jadikan GPS parti pelbagai kaum, namun ia satu evolusi dan tidak boleh tergesa-gesa.

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mengambil kira cadangan pembentuka­n satu parti pelbagai kaum.

Cadangan untuk menjadikan GPS sebagai satu parti politik yang tidak berasaskan kaum telah dikemukaka­n oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri mencadangk­an perkara itu pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PRS, kelmarin.

“Memang dia (Masing) ada mencadangk­an dan kita mengambil kira cadangan, tetapi ia adalah satu evolusi dan kita jangan tergesa-gesa.

“Apabila masyarakat mempunyai pandangan atau sudah sampai masanya dan memahami kepentinga­n untuk disatukan baharu kita dapat laksanakan.

“Kita ambil kira tetapi mengambil masa,” katanya ketika ditemui semalam bagi mengulas mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, Abang Johari hadir memberi penghormat­an terakhir ke atas mendiang Datuk Sim Swee Yong di kediaman keluarga mendiang di Everbright Estate, Jalan Batu Kawa di sini.

Mendiang Sim merupakan Presiden Persekutua­n Persatuan Komuniti Bahagian Kuching dan meninggal dunia pada malam Ahad akibat kegagalan jantung.

Ditanya bila mesyuarat GPS seterusnya, Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata akan memaklumka­nnya kemudian.

Dalam pada itu, GPS merupakan sebuah gabungan baharu yang terdiri daripada empat parti iaitu PBB, PRS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Gabungan ini dibentuk bagi menggantik­an Barisan Nasional (BN) Sarawak yang dibubarkan selepas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TUMPUAN: Abang Johari bercakap kepada pemberita ketika ditemui di kediaman mendiang Datuk Sim Swee Yong untuk penghormat­an terakhir semalam.
— Gambar Chimon Upon TUMPUAN: Abang Johari bercakap kepada pemberita ketika ditemui di kediaman mendiang Datuk Sim Swee Yong untuk penghormat­an terakhir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia