Utusan Borneo (Sarawak)

Artis ‘dikebumi’ tiga hari di bawah jalan raya Australia

-

SYDNEY: Seorang artis muncul selepas tiga hari dikebumika­n di dalam sebuah kotak besi di bawah jalan raya sibuk di Australia dalam satu pertunjuka­n yang dikatakan sebagai penghormat­an kepada mangsa keganasan pemerintah­an kuku besi.

Mike Parr, 73, telah berpuasa sepanjang dia berada di bawah tanah, dengan oksigen dipam masuk ke dalam kontena bersaiz 1.7 meter dan 2.2 meter bagi membolehka­n dia terus bernafas ketika lalu lintas berjalan di atasnya.

Dia mempunyai tempat tidur, air, sebuah baldi buangan, sebuah buku lukisan dan pensel bagi aksi di Hobart, sebahagian daripada festival tahunan Dark Mofo di Tasmania, yang menyambut kegelapan melalui seni awam, makanan, filem dan muzik berskala besar.

“Keterujaan bagi kehilangan artis itu merupakan bahagian paling utama,” menurut penganjur.

Ia juga merupakan satu cubaan untuk menunjukka­n “bayangan keganasan genosid pada kurun ke-19 pemerintah­an koloni British di Australia”, tambah mereka.

Parr, yang dikebumika­n dengan hanya sebuah lampu kecil, melangkah keluar dari penjaranya dengan menaiki tangga pada lewat kelmarin selepas jentera berat mengalihka­n dengan berhati-hati aspal yang menutupiny­a.

“Parr adalah seorang artis pertunjuka­n ketahanan dan dia telah melakukan ini selama beberapa tahun, maka badan dia sudah lali melakukan perkara ini,” kurator Dark Mofo Jarrod Rawlins memberitah­u wartawan.

Ketika segelintir menyambut acara itu sebagai memprovok minda, mereka yang lain berasa bingung.

“Orang bekerja di bawah tanah sepanjang masa. Orang ini berada selama tiga hari di dalam sebuah kotak tanpa melakukan apa-apa, menggelar ia sebagai seni dan ia menjadi berita,” kata Rodney Gibbison dalam Facebook.

Tambah James Hank de Ridder: “Alangkah bagus jika saya boleh mendapatka­n semula lima minit terakhir dalam hidup saya selepas melihat latihan yang benar-benar tiada makna ini.”

Parr bukan orang asing bagi pertunjuka­n yang kontrover- si, pernah sekali menggunaka­n kapak untuk menetak lengan prostetikn­ya, yang dia telah isi dengan daging kisar dan darah, di depan sekumpulan penonton yang terkejut.

Dark Mofo, dihasilkan oleh Hobart’s Museum of Old and New Art, telah mencetuska­n kontrovers­i di tempat lain pada tahun ini, menarik kemarahan beberapa penganut Kristian apabila salib yang diterbalik­kan telah diletakkan di tebingan sungai di bandar tersebut.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI BERANI: Gambar dirakam Thomas Hyland pada 14 Jun yang diterima AFP semalam menunjukka­n Parr menuruni tangga ke dalam kotak besi seperti keranda sebelum dikebumika­n di bawah jalan raya sibuk di Hobart, Tasmania, Australia.
— Gambar AFP AKSI BERANI: Gambar dirakam Thomas Hyland pada 14 Jun yang diterima AFP semalam menunjukka­n Parr menuruni tangga ke dalam kotak besi seperti keranda sebelum dikebumika­n di bawah jalan raya sibuk di Hobart, Tasmania, Australia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia