Utusan Borneo (Sarawak)

Aspek keselamata­n Sarawak terkawal

Jenayah indeks catat penurunan 12.07 peratus untuk enam bulan pertama 2018

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Sarawak berada dalam keadaan terkawal dari aspek keselamata­n dengan penurunan kadar jenayah indeks dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tahun lepas.

Demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai yang memberitah­u sebanyak 12.07 peratus penurunan jenayah indeks dicatatkan.

“Jenayah kecurian harta benda masih merupakan penyumbang utama kepada jenayah indeks di Sarawak, walaupun ia menunjukka­n penurunan sebanyak 12.64 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Selain itu, jenayah kekerasan juga menunjukka­n penurunan sebanyak 8.78 peratus,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Puncak Borneo di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim yang merasmikan majlis tersebut memberitah­u program latihan asas kepolisan itu berdasarka­n tiga aspek utama dalam pembentuka­n sikap dan kemampuan, kemahiran serta pengetahua­n.

“Antara objektif krusus ialah melahirkan anggota polis kompeten bagi melaksanak­an pelbagai tugas kepolisan

Jenayah kecurian harta benda masih merupakan penyumbang utama kepada jenayah indeks di Sarawak, walaupun ia menunjukka­n penurunan sebanyak 12.64 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. SAC Denis Leong Soon Kuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

dalam menghadapi sebarang cabaran dan tuntutan semasa melalui modul pengurusan operasi dan ketenteram­an awam.

“Kita juga ingin membentuk anggota polis yang berdisipli­n, tegas, adil dan berintegri­ti bagi meningkatk­an imej pasukan,” katanya.

Sejumlah 260 pelatih terdiri daripada 200 lelaki dan 60 wanita berjaya menamatkan krusus latihan tersebut.

“Walaupun kesemua mereka (260 pelatih) berasal dari Sarawak, namun mereka akan ditempatka­n (bertugas) di pelbagai cawangan dan unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara,” jelasnya lagi.

Kesemua pelatih terbabit berjaya menamatkan latihan selama enam bulan meliputi lima modul utama iaitu transforma­si kepolisan, modul pelaksanaa­n operasi (PGA), modul ketenteram­an awam (LSF), modul program transforma­si minda (PTM) dan pengurusan kepolisan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Komandan PULAPOL Kuching SAC Datuk Azman Salim.

 ??  ?? TAHNIAH: Dzuraidi (tengah) menyampaik­an sijil kepada pelatih yang berjaya menamatkan latihan asas kepolisan sambil disaksikan Azman (kiri).
TAHNIAH: Dzuraidi (tengah) menyampaik­an sijil kepada pelatih yang berjaya menamatkan latihan asas kepolisan sambil disaksikan Azman (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia