Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga beranak maut kemalangan jalan raya

-

GUA MUSANG: Tiga sekeluarga maut manakala empat yang lain cedera apabila dua kereta bertembung di kilometer 55 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampira­n Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1, di sini, petang kelmarin.

Dalam insiden jam 5 petang itu, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan ialah Ibrahim Mat Rifin, 61, isterinya Mahani Mohd Nasir, 58, sementara seorang daripada anak mereka iaitu Rosinani, 35, meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM) pada jam 5.15 pagi semalam. Keluarga itu berasal dari Kawasan Perindustr­ian Semambu, Kuantan, Pahang.

Empat mangsa yang cedera menerima rawatan di HGM ialah seorang lagi anak mangsa yang juga pemandu kereta dinaiki keluarga terbabit iaitu Nur Farain, 26, pemandu sebuah lagi kereta, Mohamad Faris Junuh, 22, serta dua penumpangn­ya Muhamad Nurazman Nordin, 19, dan Mohamad Izaman Mohd Zulkifli, 21.

Bercakap kepada pemberita di sini, semalam, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Mohd Taufik Maidin berkata kejadian itu membabitka­n kereta Proton Saga dinaiki empat beranak itu dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang manakala kereta Proton Wira dinaiki tiga sahabat itu pula dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Siasatan mendapati apabila tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Saga dikatakan cuba memotong kenderaan lain dan memasuki laluan bertentang­an menyebabka­n bertembung dengan kereta Proton Wira berkenaan, katanya.

Mohd Taufik berkata kesemua mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga pagi ini untuk dikebumika­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia