Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga lemang Kijal mampu raih RM15,000 pada musim perayaan

-

MUAR: Walaupun sambutan hari raya Aidilfitri sudah masuk hari kelima, kemeriahan­naya masih dirasai terutama di Kampung Sri Tanjong Bakri, Muar, Johor.

Kunjungan dari rumah ke rumah oleh rombongan marbahan, yang merupakan tradisi turun menurun penduduk kampung itu, telah menyemarak­kan lagi kemeriahan sambutan hari raya.

Pengerusi Surau Mawaddah Warrahmah Kampung Sri Tanjong, Azahar Tubin, berkata tradisi marhaban ini telah wujud lebih dari tahun 50-an dan kekal hingga ke hari ini kerana penduduk kampung yang semakin bertambah dan sikap membukanny­a untuk semua golongan terutama golongan muda.

“Insya- Allah pelapis ini akan mengambil alih kerana tradisi ini penting bagi penduduk kampung. Dengan tradisi ini kita dapat mengeratka­n silaturahi­m terutamany­a kepada penduduk yang keluargany­a ada berkawin dengan orang luar,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, sambutan penduduk kampung terhadap rombongan marhaban ini juga semakin meningkat dari tahun ke tahun, dan tahun ini jumlahnya lebih besar kerana ramai yang balik bercuti kerana cuti persekolah­an yang panjang.

Rombongan marhaban ini, yang bermula pada hari raya kedua, mula bergerak dari 8 pagi hingga lewat petang, dengan membuat kunjungan ke atas rumah- rumah di kampung itu.

Selain bertujuan memeriahka­n suasana raya dan saling bermaafan, mereka juga akan berzanji dan mendoakan kesejahter­aan untuk penghuni rumah yang mereka lawati.

Untuk raya kali ini, mereka melawat lebih dari 70 buah rumah yang memakan masa selama lima hari bermula Sabtu lepas.

Bagi Mohd Aizat Amir,33, yang berkerja di Kuala Lumpur, setiap tahun beliau akan pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri walaupun sudah mendirikan rumah tangga.

Walaupun isterinya dari Kuala Lumpur, beliau merasakan Aidilfitri lebih bermakna jika dapat disambut di kampungnya kerana sudah biasa dengan suasana marhaban.

“Terdapat banyak perbezaan bila beraya di kampung Sri Tanjong, terutama budaya rayanya yang mesti ada marhaban, di mana dapat berjumpa rakan-rakan lama bagi mengeratka­n lagi silaturrah­im. Kami berkunjung dari rumah ke rumah sambil ber- maafan dan menjamu selera,“katanya.

Tuan rumah pula yang menyambut rombongan marhaban akan menyediaka­n pelbagai masakan, selain ketupat, lemang rendang dan lodeh, akan turut mengeten- gahkan masakan tradisi yang unik yang jarang ditemui.

Antara masakan yang dihidang ialah ruban, masakan tradisi orang Jawa mengandung­i pucuk ubi, batang keladi, ubi rebus dan pelbagai sayuran lain. — Bernama KEMAMAN: Musim perayaan Aidilfitri memberi rezeki lebih kepada peniaga lemang Kijal di sini yang tidak menang tangan melayani permintaan tinggi pelanggan dan penggemar sajian tradisiona­l Melayu itu sejak Hari Raya pertama lagi.

Seorang peniaga, Che Wan Mazilawati Che Wan Abdul Rahman, 32, berkata beliau sedikit ‘kelelahan’ pada musim ini apabila permintaan lemang buatannya meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa.

“Walaupun hari ini (semalam) dah masuk hari kelima raya tapi orang ramai masih mencari lemang Kijal tak kira penduduk tempatan mahupun pengguna jalan raya yang pulang beraya atau sebaliknya. Pada perayaan kali ini saya menerima tempahan sebanyak 4,000 batang yang ingin dijadikan juadah pada hari raya dan juga untuk rumah terbuka.

“Tiga hari sebelum raya baru-baru ini saya dah berhenti mengambil tempahan kerana risau tak sempat nak siapkannya dan hanya buat untuk jualan harian sahaja,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Menurut Mazilawati setiap kali musim perayaan beliau mampu memperoleh­i hasil jualan sekitar RM15,000 untuk tempahan lemang dan tidak termasuk hasil jualan harian di gerainya.

Ibu kepada tiga orang anak ini telah berniaga lemang sejak berusia 12 tahun lagi bersama ibunya Maimunah Mohtar, 60, yang juga menjalanka­n perniagaan yang sama, sehingga dia mengambil keputusan untuk berniaga sendiri hasil dari tunjuk ajar ibunya.

Sementara itu seorang lagi peniaga, Sarimah Hussin, 51, berkata pada musim perayaan ini dia telah menyediaka­n 100 kilogram beras pulut bersantan untuk dijadikan lemang.

“Kalau 100 kilogram beras pulut bersantan kita boleh buat kira-kira 1,000 batang lemang. Kalau kita lihat zaman sekarang jarang orang yang masak lemang sendiri kerana proses menyediaka­n dan memasak lemang mengambil masa yang agak lama sebab itu mereka lebih senang beli yang dah siap.

“Lemang Kijal ini dijual mengikut saiz dengan harga yang berbeza, bagi lemang bersaiz kecil kita jual tiga batang RM10, saiz sederhana dua batang RM10 dan yang besar dijual dengan harga tiga batang RM20,” katanya.

Menurut Sarimah, di Kijal pembeli mempunyai banyak pilihan kerana terdapat lebih daripada 10 buah gerai menjual lemang.

Bagi penggemar lemang Kijal, Mohamad Farhan Johari, 26, berkata beliau tidak melepaskan peluang untuk membeli lemang untuk dibawa balik ke kampung ibunya di Kuala Terengganu.

“Setiap kali ingin pulang ke kampung saya tidak pernah lepaskan peluang membeli lemang untuk dijadikan sebagai buah tangan dan untuk musim perayaan sebegini lemang dijadikan juadah hidangan buat tetamu yang datang beraya.

“Selain daripada harga yang murah, lemang Kijal ini mempunyai rasa yang tersendiri yang membuatkan pembeli akan membelinya lagi buat kali kedua,” katanya.

Bagi Muhamad Amir Rahimi Rosli, 28, mereka boleh mendapatka­n lemang dengan mudah di Kemaman kerana lemang yang dijual tidak mengira musim dan boleh didapati setiap masa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Kumpulan penduduk Kampung Sri Tanjong di Muar Johor ceria bergambar ketika berkunjung­an di rumah Pengerusi Surau Mawaddah Warrahmah Kampung Sri Tanjong, Azahar Tubin (enam kiri) sempena marhaban di rumahnya sempena Aidilfitri barubaru ini.
— Gambar Bernama ALBUM: Kumpulan penduduk Kampung Sri Tanjong di Muar Johor ceria bergambar ketika berkunjung­an di rumah Pengerusi Surau Mawaddah Warrahmah Kampung Sri Tanjong, Azahar Tubin (enam kiri) sempena marhaban di rumahnya sempena Aidilfitri barubaru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia