Utusan Borneo (Sarawak)

Belgium boleh kehilangan kapten jika bentesan kasar tersebut membawa kecederaan

-

SOCHI: Jurulatih Belgium Roberto Martinez berkata dia bimbang kekasaran yang disasarkan kepada Eden Hazard oleh pemain pertahanan pasukan lawan mungkin akan menyebabka­n pasukannya kehilangan kapten dan pemain bintang mereka di kejohanan bola sepak akhir Piala Dunia.

Hazard, bintang Chelsea, mencipta gol kedua Lukaku, selepas pasukan The Red Devils mengatasi babak pertama yang sukar dalam perlawanan Kumpulan G itu.

Namun perlawanan itu turut diwarnai beberapa asakan yang kasar, di mana lima pemain Panama dilayangka­n kad kuning oleh pengadil dari Zambia, Janny Sikazwe.

“Ia membimbang­kan kerana dalam mana-mana bentesan tersebut, dia benar-benar dapat mengalami kecederaan,” kata Martinez.

“Ia tidak membimbang­kan saya jika itu adalah satu cara untuk cuba mengekangn­ya. Semua orang dibenarkan untuk menyediaka­n perlawanan dengan cara yang kita mampu MAIN KASAR: Aksi kekasaran yang diterima Hazard pada perlawanan Kumpulan G di antara Belgium dan Panama. buat. Ia memang dibenarkan dan itu adalah sebahagian daripada peraturan, dan kita berdepan dengan risiko di mana pemain dibuang dari padang.

“Kebimbanga­n saya ialah mungkin dalam salah satu bentesan tersebut, kita akan kehilangan peluang untuk menikmati kualiti seorang pemain seperti Eden Hazard.

“Itu bukan hanya baginya sahaja, itu juga sama bagi mana- mana pemain yang mempunyai keupayaan semula jadi yang mahu mencabar pemain. Saya harap kami bernasib baik dari segi itu.”

Hazard sendiri berkata dia menerima “tendangan kecil” pada separuh masa pertama tetapi berkata ia tidak serius.

Pasukan lawan Panama seterusnya adalah pasukan England di Nizhny Novgorod pada Ahad ini tetapi jurulatih pasukan Amerika Tengah itu Hernan Dario Gomez menolak dakwaan bahawa mereka mungkin terlalu lasak dalam p e n d e k a t a n mereka.

“Kami adalah sebuah pasukan yang cuba pergi ke hadapan. Kadang-kadang kami mungkin nampak lebih kasar berbanding pasukan lain, tetapi pasukan lain juga kadang-kadang kasar,” kata pengurus dari Colombia itu. “Kami tidak ada niat jahat. Kami tidak bermain untuk sengaja mencederak­an sesiapa. Kami k u a t , tetapi begitu juga d e n g a n England.” — AFP

Ia membimbang­kan kerana dalam mana-mana bentesan tersebut, dia benarbenar dapat mengalami kecederaan. Roberto Martinez Jurulatih Belgium

 ??  ?? MARTINEZ
MARTINEZ
 ??  ??
 ??  ?? GRIEZMANN
GRIEZMANN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia